Saturday, January 18, 2014

CERITA PEMBUKA TIRAI 2014


Salam Friday teman2..... ewahhh pembuka kata tue hehehe, rasanya cam lama tak menulis entri. Sorry coretan kali ini agak random sbb mood nak menulis sebenarnya blm ada so mungkin isi kandungan agak semberono <--- maksudnya menulis suka hati tanpa ada panduan. Sebenarnya akue agak sibuk pada tahun baru nie dgn rutin2 seperti biasa Sibuk pada family Sibuk juga pada kerja. Almaklum klu ttg family semuanya tiada penghujung rutin tetap berjalan seperti biasa, manakala ttg kerja pula kena siapkan semua Closing File 2013 utk dihantar audit.

Ok jommmm nak mulakan entri ttg apa ??? Klu nak cerita Bab Sambutan Tahun Baru yg lalu tak ada lah sangat yg special nie mcm biasa saja buat Barbeque dgn Family & Jiran samping2 tue ada buat Cabutan Bertuah..... gembira juga lah pembukaan Tirai 2014 Cabutan Bertuah dpt Smartphone & Hamper Makanan. Memandangkan Hp akue & En. Husband rasanya sdh mencukupi mana dgn Hp,Tab fikir2 nak buat apa dgn Smartphone yg br dimenangi...nak tukar Hp sedia ada malas sbb masih setia pada yg lama so dgn rela hati beri jak kat Budak Kecik kat umah tue..... walhal guna pun tak pandai okeeee tp still dia tahu bezakan mana 1 Hp mana 1 Remote Control.......... hah bijak tak ????? siap klu jumpa Hp dia akan buat gaya Ala2 bertelefon kikikikikiki, & semestinya Hamper tue dia jg yg byk makan sbb mostly byk junkfood Mama Ayah tolong juga lah ckit2 habiskan, hehehehe

Cerita bab makan, akue mmg surrender klu Bab nak bg makan anak yelah dgn kerenah nya yg mmg ada saja. Gaya Tak Suka Makan, Makan Dgn Kuantiti Sedikit, Makanan Suka Diselerak, Lebih Suka Makan JunkFood dr Makanan Berkhasit mmg mencabar naluri keibuan tau............ Yelah kita nak pastikan anak sihat cukup nutrien tp si anak pula dgn pelbagai gaya.

Pada akue mmg setiap kali nak bg makan isu seperti nie akan timbul, perlu kesabaran yg tinggi jugalah nak pujuk anak makan & semestinya akue surrender klu Bab Makanan JunkFood sbbnya kenapa Bila anak Jiran selalu dtg bermain dgn anak kita ofcoz dgn senangnya pengenalan kpd JunkFood akan lebih berleluasa. Bayangkan anak akue yg kecik tue nak kata Candy,Keropok,Coklat,Aiskrim semua dia dah kenal................ Tambah masalah lagi bila mana akue adalah seorang Ibu yg bekerja nak memantau 24jam bukan lah kemenangan bagi akue. Lebih2 lagi anak kecil nie yg akue faham bila mana Mama & Ayah pergi bekerja & bila setelah Balik Bekerja anak2 kecil nie lebih bersifat memberontak sbb apa ??? Sebab dia rindu kan Mama Ayah utk bermanja bermain & tmpt dia meluahkan sesuatu. So parent's out there jgn terus2 marah, tengking @ pukul jika ada anak2 yg begini.... fahami dr segala keadaan terlebih dahulu kenapa mereka bersikap begitu. Honestly ini yg akue dpt lihat beza kelakuan & gaya bila mana Anak akue berada dirumah bersama Neneknya yg menjaga tatkala akue keluar bekerja. Apakan daya buat masa ini masa blm mengizinkan tetapi akue faham & banyak bersabar.... Masa Lunch Break Office akue korbankan balik kerumah utk sediakan Makan Tengahari & Menyusu Si Anak. That's the only way supaya anak tak rasa jauh sgt dgn Mamanya coz selang masa aktivitinya sblh pagi Bila dah Breakfast, tgk Tv & Tidur bila dah buka mata Tadaaaaa dah nampak muka Mama tak lah dia rasa kosong sgt Masa.

So bila selepas waktu bekerja masa semua diluangkan utk bersama dia, termasuklah weekend akue akan pastikan aktiviti seperti riadah mahupun Shopping akan bawa bersama si Baby.... hihihi

Berbalik kepada pendekatan nak bg anak sentiasa makan makanan bernutrisi,  Setiap pagi akue akan sediakan Breakfast utknya tidaklah Resepi berat hanya cukup yg simple & mudah...... seperti MeeHoon Goreng, Nasi Goreng,Bubur @ Western Breakfast.... paling simple pun Roti Paun @ Biskut. Pastikan Anak wajib ambil breakfast selain Minum Susu. Begitu juga utk Lunch tp kebiasaannya anak akue Tak Lunch sgt sbb bila dah ambil Breakfast paling 2/3 Nasi Berlauk dr Piring akue..... hikhikhik, Sblh Petang pula biasanya anak akue mkn Pisang & Keledek yg dah digoreng. Yg nie pula dia culik dr Gerai Neneknya, smbil2 tue Minum Susu + terselit juga JunkFood sedikit. Untuk sblh mlm brlah anak akue akan Makan byk sedikit feveret Meehoon Sup kekadang ikut Mood klu nak Nasi.... MeeHoon Sup pun ambek dr gerai Nenek. Kira paling feveret lah tiap hari makan pun dia tak bosan.

Untuk mengelakkan byk sgt makan JunkFood yelah budak kan suka makan berperisa so akue akan ganti mostly Makanan2 tue dgn Makanan yg mempunyai sedikit nutrisi seperti :-

1. Keropok ----> gantilah dgn makanan Cereal yg byk flavour spt Kokocrunch, Honey Star dlll..... 
   (selain coraknya yg pelbagai boleh tarik minat, makanan Cereal nie diperbuat dr gandum + kurang 
    bahan2 ramuan tidak bernutrisi)

2. Aiskrim -----> gantilah dgn yogurt yg telah disejukan, Calsium pun ok juga
   (Yogurt baik utk kesihatan, makan dgn kuantiti sedikit utk kanak2, disebabkan kandungannya yg ada 
   bakteria baik, anak akue dr umur berapa bulan dah pandai Makan Yogurt skang nie jan lah offer     
   sebabnya dia nak semua siap letak2 Yogurt kat atas kepala hahahahaha!!!!!) Nak  tahu kelebihan Yogurt 
   utk org dewasa rujuk catatan blogger nie :-

3. Minuman Manis ------ > ganti dgn Vitagen 
    (Kandungan nya sama juga seperti Yogurt, byk kebaikan nak Ooo Anak Lawas bg lah Vitagen for sure
    every day Anak akan Ooo hehehe, Vitagen @ brand seangkatan dgnnya spt Soluvite

4. Coklat, buat masa ini belum dpt cr apa makanan berkhasiat yg boleh menggantikan coklat so kira dalam
    kawalan ketat.

Akhir sekali dr akue yg Mak tak seberapa pengalaman nie, jika anak anda tak suka utk makan jangan cepat putus asa, rajin2 sediakan hidangan yg pelbagai sebab dr situ kita boleh tahu apa yg menjadi kesukaan anak dan apa yg dia tak suka. Jika anak tak mahu makan, jangan dipaksa ketahuilah perut anak anda bukanlah sebesar perut org dewasa..... biarpun dgn kuantiti sedikit mereka sdh memadai. Makan dengan sedikit tetapi kerap juga masih dikira ok. Dulu akue selalu susah hati klu anak tak mahu mkn especially makanan utama seperti nasi sehinggakan akue hanya fokus nak bagi dia makan nasi & lauk daging, ikan @ ayam sahaja. Hingga suatu hari waktu aku mkn tgh hari Anak akue dgn slumbernya ambil semua lauk sayur akue mkn seperi makan makanan ringan. Waktu itu br lah ku tahu rupanya anak akue nie suka makan Sayur terutama Kacang Panjang hehehe mcm vegetarian pula.

So sekarang tak risau sgt biar pun dia tak nak mkn nasi.... hidangkan saja sayur pasti dia akan makan. Tak lupa jangan lupa banyakkan minum Air Putih.....

Sampai berjumpa lagi... di next entri :)

Update 10.42 20/01/2013....

Akue jumpa satu link nie, baik utk rujukan..... Nampaknya silap akue dr segi pemberian makanan No.1, so Makanan No.1 akan masuk List Kuarantin lah nie... huhai. Selamat Membaca

http://siraplimau.com/ketahui-5-jenis-makanan-yang-perlu-dijauhkan-dari-kanak-kanak/

Tuesday, December 31, 2013

CERITA TUTUP TIRAI 2013

Huhahuha.......... Dah nak End Of The Year ????? aduiiiii cepatnya masa berlalu, typing entry pun terberhenti sekejap.... kikiki bzzzz betul dgn urusan Duniawi hehe.... respect gilos lah dgn blogger yg tiap hari boleh saja buat at least 1 entry.......

Oklah sblm tutup tirai jommmm throw back apa yg menarik & fresh from oven masih dlm ingatan akue sepanjang tahun ini..... Yesssza............ Jom kita mulakan dgn cerita yg Happy2 Dulo.......

* Bercuti2 Dgn Family
Yahhh tahun ini impian nak bawa Baby Ayla bercuti sama dgn Mama & Ayah kesampaian, 2x lagi tu ehehehe, seronok bila Percutian yg Pertama kitorang ke Johor-Singapore, & percutian Kedua kitorang ke Penang-KL.
( Baby Ayla 1st Traveling Holiday With Mama & Ayah )

* Menyambut Hari Raya 
Tahun ini juga dpt menyambut Ramadhan,Syawal & Qurban bersama Baby Ayla, merasa jg mcm mana kegembiraan sambutan Raya bila bersama Anak, dari persiapan pakaian, juadah & kemeriahan Raya bersama sanak saudara....... ( Baby Ayla 1st Celebrating Ramadhan,Raya & Qurban )

* Menyambut Ulang Tahun 
Tahun ini juga 1st year si Baby Ayla menyambut Hari Jadi yg pertama, diraikan dgn meriah, gembira bersama keluarga & rakan2............ segala persiapan disiapkan sendiri bermula dr juadah, permainan, kek, poster jemputan dan banyak lagi......... walau hanya Sambutan Hari Jadi terasa jg kepenatan dlm menyiapkan semua keperluan Majlis. ( Baby Ayla 1st Celebrate Her Birthday )

* Adik Bongsu Dpt Tawaran Belajar Ke IPTA
Hehehe tetiba sesat point entri nie, yelah wlu tak berkait sgt, akue tetap nak buat appreciation sbb klu tak ada Adik Bongsu selama setahun jglah akue rasa hidupku akan huru-hara sbb dgn keadaan akue yg bekerja & tidak rela Baby ku yg masih kecik dijaga org @ hantar ke Taman Asuhan disamping tak nak beri beban kat Parents menjaga Baby yg Masih Kecik..... akue bersyukur adanya Adik Bongsu yg menjaga Baby Ayla dgn penuh kasih & sayang untuk tempoh Setahun. ( So, Baby Ayla 1st time Seperated With Her Acik Bongsu )

- Selain itu hari2 yg dilalui dgn suka gembira, Tahun nie juga Salary akue diupkan... Alhamdullilah Rezeki Anak, Bisnes Berendoi still & masih berjalan, disamping suka gembira tetap ada dukanya, yg paling akue tak boleh lupa of cozzzz bila Baby Ayla Admit Hospital, maaf jika story agak panjang

* Baby Ayla Dlm Condition Tak Sihat
- Seingat aku waktu tue umur Baby Ayla 8 Bulan, Baby Ayla dimasudkan ke wad kerana Najisnya ada tompok darah, disebabkan Doktor ingin kenal pasti apakah punca terpaksa juga masuk Wad. Bermula dgn Demam Panas yg mencecah 39+ demam yg tak surut selama 3 hari berturut2 dgn najis yg berdarah kami decide utk bawa Baby Ayla ke Hospital. Ditahan sbb takut ada jangkitan Kuman @ Bakteria, takut badan kekurangan air Baby Ayla ditahan.... utk tempoh 2M3H..... sedih amat sgt bila Baby Ayla dipasangkan jarum yg kat tgn..... Huhu Mama pun ikut nangis tau.......... utk 1H & 1M pertama Baby Ayla diberi Paracthemol tp Demam tetap tidak surut wlu sblm admit dah bg ubat yg kat bontot & basah2kan jg bdnnya......... even klu tgk Baby Ayla mcm tak ada tanda sakit. Doktor pun sebenarnya bkn suka2 nak terus bagi ubat Antibiotik drang cuba dulu dgn Paracthemol bila dah masuk 2H1M demam tetap tak surut, sbb takut Baby kena Sawan at last Doktor bg jg Ubat Antiobiotik.....then alhamdullilah Demam pun kebah..... Najis pun dah seperti sedia kala.... Tp still kena jg stay another 1M, susahnya tidur payahnya makan bila anak tidak selesa, Mama yg tidur duduk sambil Baby Ayla tidur dlm dakapan agar Baby Ayla Lena tetap kuatkan semangat..... dr Wad kritikal bertukar ke Wad Biasa....... dlm Wad ada mcm2 anak yg ditahan dr yg mmg tinggal di Hospital dgn bermcm jenis penyakit & komplikasi hinggalah yg dlm keadaan Bayi2 Yg Terkena Penyakit Sawan, Ekzema, Kudis Buta, TB & bermacam jenis penyakit lagi............ sedih melihatnya kami berkongsi2 cerita & akue tgk ibu2 disana semuanya Tabah menerima keadaan & ketentuan.....
Dan Syukur Alhamdullilah Baby Ayla dibolehkan keluar Wad setelah 2M3H.Tidak ada yg membimbangkan sangat cuma mungkin kesilapan dr Mama dr segi penyedian Susu yg mungkin menyebabkan ada sedikit berlaku pencemaran....... :( Ayla Mama Minta Sorry yer................ ( Baby Ayla 1st Time Admit Ward )

Well tahun ini saja bukan itu saja sakit yg Baby Ayla kena.... malah tak lama itu Sakit Kaki Tangan & Mulut pula menjangkiti Ayla........ mulanya ingatkan hanya ruam @ Cacar tp utk kesekian kalinya bawa lagi ke Hospital disahkan itu penyakit Kaki Tgn & Mulut kerana sekitar bahagian itu sahaja yg menjangkiti.......... Mama dah mula panik dgn keadaan Baby Ayla takut admit lagi tp bila doktor boleh rawat sendiri dirumah dgn gunakan ubat yg dibekalkan Mama bersyukur........ Dgn keadaannya yg selesma & berkahak menyebabkan susah nak tidur, Ubat Losyen, Selesma & Paracthemol dibekalkan. Keadaan waktu tue sukar sbb dirumah tiada Nenek yg balik kampung tiadalah tmpt utk kami merujuk apa2, hanya Mama & Ayah dan kami bersengkang mata menjaga Baby Ayla. Menjadi sukar apabila setiap 1/2 jam Baby Ayla terjaga kerana kesukaran bernafas..... kiranya tidak ingin beri byk sgt mkn ubat tp dgn ubatlah Tidurnya sedikit Lena...... Penyakit Kaki Tangan & Mulut amat mudah berjangkit terutama dikalangan kanak-kanak. Sembuh dlm tempoh 7 hari, Ciri-Ciri penyakit ini Bintik2 yg timbul akan ada gelembung2 air, hanya akan timbul dikawasan sekitar Kaki, Tangan & Mulut....... Bintik2 akan kering pada hari ke-5 setelah letak Losyen Calamine dan pada hari ke-7 Bintik2 akan mula hilang, Bila kena bhgn mulut yg agak sukar sebabnya Baby akan susah nak menelan & bila kena pada Baby Ayla tmbh susah sebab dia kena selesma & berkahak terpaksa bernafas guna mulut......

Rasanya cukuplah utk entri kali ini, sbgai penutup tirai...... skrg nie Baby Ayla adalah anak yg pintar & cerdas, macam2 kepandaian & kepintaran dia belajar dr persekitaran, dgn umur genap 1 thn 4 bulan, Baby Ayla dah pandai:-

Berlari, Memanjat, Tepuk Tangan, Melambai, Lap Air Yg Tumpah Dgn Kain, Main Gosok2 Gigi, Main Masak2, Main Baling2 Barang, Tiru Orang Solat, Tunjuk Mcm Mana Org Azan, Angkat Beg, Pakai Selipar @ Kasut Org Lain, Kiss, Peluk Kuat2, Suap Makanan Sendiri, Pandai Sebut Mama, Bapa, Apa, Tada, Bahasa Entah Apa2, Pandai Tunjuk Awas, Pandai Ambil Brg Bila Disuruh, Mengenal Ahli Keluarga Atuk Nenek Pcik Mcik, Pandai Acuh Bertelefon, Tau No.1 Sahaja, Suka Menari & Lompat Pandai Tunggang Botol Air Minum Sendiri, Suka Makan Makanan Ringan, Suka Makan Fries, Soto,Bun, Nasi, Sayur, Nugget Sausage, Vitagen, Yogurt dan banyak lagilah....

Sampai jumpa lagi & Selamat Tahun Baru..................... 2014. Semoga kita semua dirahmati Allah dlam kedaan sihat walafiat sentiasa, dijauhkan dr bencana, & sentiasa dimurahkan rezeki. AMIN


Wednesday, November 6, 2013

 Do It Yourself Candy Buffet 

Weeehuuuu rajin pulak akue semenjak 2 menjak nie membuat entri2 yg bernas lagi Kelas kau Mak Jah ahahahaha....... Tak da lah saja jer nak uptodate kan Blog akue yg dah lama cuti........

Atas tue tajuk dah tulis besar2 DIY Canddy Buffet.... yah skrg nie kan dah trend Candy Buffet especially utk anak2, bkn saja Party2 atau Majlis2 org Dewasa tp utk bebudak kecik pun tak ketinggalan......

Sebenarnya Candy Buffet utk Birthday Party Budak2 Kecik lagi seronok, sebab semuanya comel2, sedap2 manis2sannya, klu Bebudak serbu membuas lah drang hehehe....

Candy Buffet nie akue buat masa Birthday Princess kecik akue tue, ala kadar jer mana yg terlarat & mampu. Actually dah plan lama siap carik brg ckit2, tp bila sampai masanya Heran Bin Ajaib boleh pula tak cukup masa hahahaha dan byk Plan Terjun & Tersasar.

Jujurnya buat Birthday Party anak sendiri sebenarnya tidak lah mudah, susah + penat oke...... 1 Day tak cukup tau, apa2 pun jum ushaaa jap foto2 Birthday My Princess

Kek Tema Ungu Pink, cantik tak ??????
Kek Flavor Coklat, Yummmy !!! Sedap.... kek nie tempah 2 minggu awal sebab design pilih sendiri tak ada dlm katalog, Terima Kasih buat Hubby punya Fren sbb Kek Nie mmg sedap + tahun sudah time Celebrate Anniversary dia jg yg buatkan. Terharu pulak sbb tahun nie sudi Buatkan Kek Birthday anak
Candy Buffet yg simple 
Keadaan Rumah GrandPa&Ma semasa Majlis.... Tq Mum sudi tumpangkan umah utk diselerakkan hahaha
Muka ndak sabar nak potong kek... hihihi
Poster Jemputan Buat Sendiri, Pilihan Foto masa anak umur 4 Bulan, Chubby kan ?????

Oke kenkawan dah tgk Foto ??? Hehe simple kan..... 

Jom akue nak share apa2 dalam merancang Birthday Party Anak Sendiri, hanya Jika anda betul2 merancang nak buat semuanya dgn kudrat @ sedikit pertolongan ahli keluarga @ BFF......

1. Tarikh , Masa & Tempat Acara 
Birthday anakku dibuat Cun2 pada Tarikh Lahirnya iaitu 31/8 (Mmg Public Holiday), Masa pulak Lepas Asar & Tempat Dibuat adalah Umah GrandPa&Ma

2. Budjet Peruntukan
Biasanya untuk Majlis Birthday adalah dlm RM300 mengikut jumlah jemputan..... buat senarai Nama termasuk khususnya Kanak-Kanak.

3. Menu
Untuk Menu anda perlu buat perancangan teliti sebab anda perlu tahu Jemputan2 yg akan datang, semestinya ada Kanak-Kanak, Remaja, Dewasa atau mungkin ada Jemputan Veteran hehehehe........
Untuk Birtyday Party anakku hari tue merangkumi semua peringkat umur.
Menu Pilihan akue hari tue terbahagi kepada beberapa Bhgn:-
1. Menu Kampung / Ringkas spt Nasi Goreng, MeeHoon Goreng, Sayap Ayam Goreng, Kari Daging 
2. Menu Western spt Spageti, Sandwich, Salad Buah, Sausage Goreng & Air Bergas
3. Candy Buffet spt Kek Birthday (wajib ada/pilihan), Jelly, Biskut, Puding Dadih, Gula2, Coklat & Air Kotak
4. Ole2 Cenderahati merangkumi Gula2, Coklat, Keropok, Jelly dll...... sediakan Budjet

Senaraikan setiap bahan mengikut Menu Pilihan anda supaya senang bila nak berbelanja di Pasar Market nanti, so tak adalah bahan2 yg tertinggal tak buat 2, 3x kerja.....

3. Tema
Pilihan Tema anda boleh Pilih samaada Nak Tema Warna, Karikatur Kartun @ Suasana

Birthday Party hari tue akue pilih Tema Warna saje sbb senang ckit nak cr benda, kiranya random pilihan benda pun boleh asal warna ikut tema, Akue plan Birthday anak taklah berbulan2 lamanya hanya dlm sebulan lebih jer. Akue mulakan Misi dgn senaraikan What To Do terlebih Dahulu paling utama Tema, Tarikh, Masa & Tempat. Dalam bulan Bithday bolehlah Buat Senarai Menu, Permainan, Fikirkan cara nak buat jemputan & senarai nama, tempah Kek, Games dll.....

4. Permainan
Masa Birthday anakku hari tue, akue hanya buat 1 Games..... biarpun Hanya 1 Games tapi seronok nya bkn alang2 oke....... gembira tau dgr helaian ketawa Anak2 Pacik2 Makcik 
- Games akue buat Rebut Makanan Ringan Sebanyak Munkin......... (lihat pada gambar No.4 nampak tak Kolam Belon tue <--------- haaaaa penuh tau ngan Makanan Ringan, caranya senang jer kumpul semua budak2 mengelilingi Kolam Belon tue dlm kiraan 1, 2, 3 Rebutlah Makanan Ringan tue sebanyak mungkin.......... jgn lupa sediakan plastik utk mereka........... Seronok !!! Tak Caya Cubalah, Masa nie boleh nampak Gaya anak2 yg Pemalu,Over Excaited, Kedekut Pun Ada, Manja..... & segala peel pun ada............ kikikikiki
Klu perjalanan Acara panjang boleh lah buat beberapa Games tp setiap Games ada Hadiah br seronok.
Antara Games yg biasa spt :-
- Kerusi Berirama
- Teka Jumlah Gula2
- Cari Gula2 Dlm Tepung
- Bawa Telur Guna Sudu

Sebenarnya idea akue Games Rebut Makanan Ringan nie lebih kurang macam Main Pukul Patung Sambil Tutup Mata, tp akue tukar sikit keMelayuan tak lah mcm org2 Putih Birthday anak drang Gantung Paddy Horse pastu pukul dgn Mata Tertutup alkisahnya....

5. Alat-Alat Keperluan Lain 
Pinggan, Gelas, Sudu & Garfu Plastik, Plastik Sampah, Tissue (Akue gunakan Plastik sebab senang tak kemas, pakai buang jer)
Topi Kon Harijadi dll
Sign Harijadi
Bekas-Bekas Tempat Letak Makanan & Minuman
Meja & Kerusi
Belon
Item Yg Perlu Utk Hiasan Meja & Backdrop spt Table Cloth, Balang Kaca, Dll....


5. Media Jemputan
Disebabkan dunia semakin canggih, media jemputan seperti Facebook,Twitter, Instagram boleh menggantikan cara kita nak menjemput jemputan....... Hari tue akue hanya Design Poster Jemputan Birthday yg buat sendiri menggunakan Photoshop, dan tempoh masa membuat akue peruntukkan dalam Seminggu. Kemudian postkan di Facebook dan Tag sesiapa yg nak dijemput. Print 1 size A3 yg mcm poster utk koleksi ingatan sendiri... hihihi....

Nak jemput guna Telefon, Kad Boleh saja ikut kemampuan & keadaan masa anda..... semuanya senang & mudah Mcm Slogan Kata "Semuanya Dihujung Jari"

Antara Menu Yg Anda Boleh Pilih Untuk Disediakan pada Candy Table (Pilihan Menu ikut pilihan anda sendiri)

KATEGORI KEK/KUIH
* Kek cawan
* Tart Buah
* Tart Telur
* Tart Cheese
* Apam Polkadot
* Mini Donut's
* Mix Slice Kek
* Kuih Tradisional
* Sandwich

KATEGORI COKLAT
* Lillipop
* Gummy
* Candy Skewers
* Stone Candy
* Mix Candy
* Gula2 Kapas

KATEGORI COKLAT
* Coklat Bulat
* Coklat Bar Saiz Kecil
* Coklat Stick
* Custom Made Coklat

KATEGORI PUDING
* Cumi2
* Puding Dadih
* Puding Buah

KATEGORI BISKUT
* Mix Biskut
* Biskut Stick
* Mix Wafer
* Custom Made Biskut
* Cip Coklat Cookies

KATEGORI KACANG
* Mix Kacang
* Kacang Bersalut Coklat

KATEGORI LAIN2
* Marshmallow
* Party Snack
* Bubblegum
* Keropok
* Koko Crunch & Honey Star
* Popcorn
* Coklat

KATEGORI BUAH-BUAHAN
* Salad Buah
* Mix Raisins
* Mix Jeruk Masam Manis
* Hirisan Buah Campur (Import) + Coklat @ Sirap Madu
* Fruits Skewers (Import) + Coklat + Sirap Madu

KATEGORI AIR
* Jus Lemon
* Fruit Punch
* Dairy Milk (Plain/Coklat/Strawberi)
* Mini Mineral

Last But Not Lease Thank You Buat Hubby, Family & BFF yg sudi bantu menjayakan Birthday Princess Kesayanganku....

Doa Mama buat Baby Ayal
"Semoga Menjadi Anak Yg Soleh, Sayang Allah, Mama,Ayah & Keluarga, Berguna Kepada Agama & Masyarakat. Membesar Jadi Anak Yg Pintar. Semoga Sihat Selalu & Murah Rezeki........... AMIN
PERCUTIAN BUDJET KE PENANG & KL

Entri nie ttg Budjet Holiday Ke Penang & KL = Cuti2 Malaysia (Mesti korang fikir nak p Penang & KL pun Budjet juga ker ???)
Jawapannya : Yelah kan Akue nie dok Sabah anak beranak, jauh tue Penang @ KL nak pegi pun kena ambek cuti beberapa hari bknnya Penang or KL tue Kampung Halaman...... Tp hakikatnya sesapa yg Duk Nun kat Semenanjung pun of coz juga nak Holiday Budjet2 kan klu nak ke SABAH @ SARAWAK. Oke dah2 jan monyok2, jom kita share2 apa yg boleh share

Serius sebelum panjang lebar entri akue nie, akue nak info Kat Penang ada Aunty akue duk sana kat KL pulak ada cousin2 akue duk sana..... So tujuan Cuti2 nie bkn sekadar Holiday tp juga Berziarah......

Plan sebaik mungkin sdh, tp diakhir2 masa plan terpaksa tukar daaaa sbb nya Tak Dapat Ziarah Cousin kat KL yg sorang kebetulan pula Cuti2 Malaysia jugak P Bandung hokeeee tak gitau pula senyap2 jer hehe, yg sorang lagi pulak Tgh Tunggu Hari Nak Deliver..... Hadoiii klu dah cam tue jawabnya tak kan nak sebok nak minta bawa jenjalan pulak !!! Takpa2 Plan tetap diteruskan 

Apa Yg Wajib Anda Tahu......

A. Tiket Kapal Terbang 
-  Itenary Travel saya dr KK-PEN

- Tiket Harga RM167  1 way tiket utk kami 3 beranak, Mcm biasa Tiket Anak yg Mahal Fix Rate RM50 per way, 

- Calculation RM117 utk 2 org Dewasa . Kiraannya utk seorang 1 Way Tiket adalah RM58.50 termasuk insuran,  cukai & minyak. Seperti sblm ini klu Tiket promo Air Asia nie Takda Check-In Baggage atau Meals.... 
(So still kira Murah ler.... mana nak dpt kan harga tiket flight mcm harga naik Bas kikikiki)

- Tiket nie akue beli dlm tempoh 11 bulan awal, tak macam sebelum nie.... besanya akue tak beli terus Return ticket sbb yelah kadang $$ kat Bank tak cukup lah, takut ada perubahan di saat akhir lah. Jadi cara selamat beli jer Tiket 1 way, Tiket yg satu lagi boleh ajer beli bila2 masa.... kot2 Air Asia promo lagi, ada punya dun worry lah kenkawan

- Selain itu dinasihatkan juga klu ada Tiket2 promosi nie beli lah saja Utk Bayar Tempahan tue saja, selebihnya spt meals, insuran, tmpt duduk mahupun baggage boleh lah dibuat dikemudian hari bila anda dah ada Budjet extra yg dekat2 dah nak fly2.....

- & tak perlu lah akue ajar ek cam mana dpt Tiket Murah2 nie, sbb entri sblm nie dah story dah....

- Wahahaha Aunty akue pun nangis tgk Harga Tiket kitorang, mana taknya yg dia tiap kali nak Balik Sabah mesti Habiskan dlm RM900++ hanya utk tiket return........

- Seperti yg akue kata Pembelian Tiket Return akue beli lewat sedikit, kira bertuah juga lah kebetulan ada Promosi MAS so dptlah akue anak beranak Balik ke KK from KL naik MAS dgn harga murah...... Sila tgk Foto Itenary MAS

RM74 saja utk akue dan anak..... Husband beli tiket lain sbb time beli promosi nie utk 1Parents with 1Child.....

- Still Murahkan...........

- Tp yg jadi masalah disebabkan Tiket Balik KK adalah dr KL so kitorang kena plan sebaik mungkin, perjalanan utk ke KL yang mana takda sapa jemput kitorang, takda tempat penginapan + kurang arif pengangkutan awam di KL (hambek ko survivor a.k.a cam Backpackers sesat2 glup **  (hadoiiii Menelaaah akue 1 minggu jln2 di KL siap print2 Map KL, way monorail, komuter,LRT & train segala )








B. Tempat Penginapan
- Ha yg ini pula Booking Invoice utk penginapan Hotel kami

- Masa kat penang kitorang stay kat tempat Aunty jer, utk 3M4H..... jimat ckit kos penginapan sbb Aunty ckp duk jer kat rumah dia, lgpun dia bosan tak da kawan + volunteer nak jadi tourist guide kami. Hehe Tourist Guide yg tak arif sendiri ngan tempat tinggalnya..... <-- sbb dia bkn org Penang khawin jer Org Penang & Dialek Bahasa Mmg Penag Mai....... betulkan kata org Masuk Kandang Harimau Mengaum, Masuk Kandang Kambing..... istilah yg sering diguna bila kita berada di tempat org

- Tempat stay still Tune Hotel dihatiku..... tempah mesti awal supaya dpt Rate Murah oke....

- Plan mula2 dah cantik konon nak stay 1 Night jer kat Tune nak jln2 sendiri lah konon kat Kotaraya KL then nak stay tmpt Cousin tetapi, spt yg akue katakan plan bertukar secara Auto maka terpaksa tambah 1 Night secara Relahati....... Mau tak mau, klu tak mana nak tidur ??? Dah tue Malas lagi nak berangkut brg2 yg byk dr Penang utk pindah Hotel

- Lihat perbezaan bila Kita Booking Room 1M lebih awal seminggu, Harga Sewa hanya dlm RM69 tanpa sebarang kemudahan lain sbb base on experience, Air-cond tak perlu sbb kipas jer pun dah mmg sejuk Beku Bilik tue.... TV tak perlu sebab Keluar Pagi Balik Malam takda masa nak tgk TV, Wifi pula online jer guna HP lagi jimat..... Toiletries pun tak perlu Benda tue semua dah bawa...... Banding dgn harga tambah sewa bilik 1 Night keesokan harinya RM113 dia charge..... Huhuhu










C. Perkiraan Budjet  
- Kos Tiket Flight = RM441 (KK-PEN / 3 pax = RM167 (AA) , KL-KK / 2 pax =RM74 + RM200 (Husband) coz time promo sala sendiri lambat2 confirm, last2 beli sendiri
- Kos Penginapan (PEN) = Free just bawa Aunty Shopping + Makan2
- Kos Penginapan (KL) = RM182 (Sbb Plan banyak tersasar)
- Kos Shopping PEN = RM500 (Mkn2 Sekeluarga tak mahal oke .....Makanan kat Penang semua murah + sedap & jangan lupa beli Jeruk Penang, Shopping2+ Ole2)
- Kos Shopping KL = RM500 (Shopping Beli Baju Anak Jer Banyak Memborong Di SOGO) Cantik, Murah + Branded
- Kos Shopping Husband Sendiri RM300
- Kos Makan2 KL = RM250 anggaran (Sebab Bila Penat Jalan Berhenti Makan, Penat Lagi Jalan, Makan Lagi.... hehehe merangkumi Breakfast,Lunch,Dinner + Tidbits)
- Kos Ole2 KL = RM100
- Kos Keretapi PEN(BUTTERWORTH) - KL SENTRAL = RM76 (Satu2nya pengangkutan yg ku tahu berhentinya dimana..... KL SENTRAL pusat pengangkutan....lg pun perjalanan selamat dgn Bawa Anak yg tak pandai duduk diam, Sengaja Pilih Pengangkutan dari PEN ke KL guna Keretapi biarlah 6 Jam asal selesa, lagipun Baby mana reti duduk diam at least boleh juga dia bergerak2 berlari2 dalam Train. Keretapi Selesa walau dah tak banyak org guna pengangkutan nie, klu tak nak Rush sesuai sgt lah lagipun tak rasa sangat 6 Jam Duduk Dalam Keretapi.
- Kos Teksi from KL Sentral ke Hotel ke KL Sentral= RM23+
- Kos sekitar Kotaraya = XXX sebab jalan kaki jer, sampai juga + tak sesat pun boleh sampai Masjid India, KLCC 
- Kos Monorail ke Bukit Bintang (return) =RM2.40 hehehe cuba test try guna pengangkutan nie, Oyeah boleh tahan juga lah akue nie tak terkial2 pun.... buat mcm pro jer 
- Kos Keretapi Transit KL Sentral ke KLIA = RM70

So Total Keseluruhan secara Kasar adalah RM2368 Less than RM2500, utk Holiday selama 1 Minggu  !!!! STILL RASA BERBALOI......


Foto2 Jenjalan....... 


Hello.... I was Here, gumbira kan muka anakku
1 Of Food Mesti Cuba.... Chendul... Phua Chu Kang pun dah pekena tau hahaha
Art Street, Penang Island dipenuhi Old Building, wlu pun masih mengekalkan bangunan lama tp still cantik
Sebenarnya kecewa juga tak jumpa2 Street Art yg Bebenor........ Tambah Frust Doll Museum pun tak jumpa sesat dibuatnya oleh Pemandu Pelancong iaitu Makcik sendiri yg dia sendiri tak pernah pegi walau dah menetap lebih 20thn kat situ
Maybe kenkawan yg nak p boleh rujuk kat cni
http://www.onlypenang.com/where-to-go/penang-street-art-wall-painting-at-penang/
http://www.penang-vacations.com/penang-toy-museum.html
Yg ini pula Jeruk paling famous kat Penang ok, mesti cuba especially Jeruk Salak.... 1 of feveret akue & Dried Strawberry
1Kg pun akue leh habiskan sendiri hahahaha (Uncle nie the Best,kedai dia kitorang buat cam kedai sendiri, muka tak malu semua pun nak rasa, at last jawabnya Lidah Hilang Rasa sbb semua pun Asam !!!! hahaha
Taman Kota Lama... well ringkasnya Penang Island terbahagi 2 iaitu kawasan pembangunan Baru & Lama
Nak Rasa Naik Beca
Nak Rasa Char Kuew Teow Original
Nak Rasa Hokkien Mee
Nak Rasa Chendul
Nak Rasa Jeruk Asam
Nak Rasa Pasembur
Nak Rasa Nasi Kandar
(Penang lah tempat terbaik semua pun sedap, original flavour.......... Huuuu Next Time Nak Pegi lagi)
Yg nie Bdk Kecik Posing Depan KLCC
Hahaha Cam Comei Jer Cam Cute Jer...... (^_^V)



Thursday, October 31, 2013


PERCUTIAN BUDJET KE JOHOR DAN SINGAPORE (USS)

Ok kat Entri nie akue terangkan dgn lebih details mcm mana nak dpt cuti2 Budjet

A. Tiket Kapal Terbang 
- Saya sertakan salinan Itenary Travel saya hr tue KK-JB

- Dengan hanya RM190 return tiket utk kami 3 beranak, actually Tiket Anak yg Mahal yg mana dgn Fix Rate RM50 per way, so maknanya akue spend RM100 utk Bdk Kecik tue punya tiket flight

- So klu anda buat calculation sbenarnya Balance RM90 adalah Price Tiket Dewasa utk Aku & Husband, Kira punya kira dptlah Harga utk seorang RM45 utk pergi balik, maknanya 1 way tiket Hanya RM22.50 termasuk insuran,  cukai & minyak. Takda Check-In Baggage atau Meals yah.... semua kena Beli !!!


- Mcm mana nak dpt tiket semurah tue, anda2 semua kena lah rajin cek Website. Jika anda bernasib baik confirm dapat punya...... Tp pastikan anda berdaftar sebagai Ahli kat Website Air Asia supaya proses pembelian Tiket Mudah & Cepat, kiranya jika anda Member akan diberi keutamaan....

- Masa pembelian pula tak tentu, kekadang ada yg dah terpacak di Depan Screen Komputer nak beli Tiket Murah nie tak confirm dapat, sbb waktu aku beli nie tak adalah Subuh ker Awal Pagi ker.... Beli time office hour 
hokehhhh hahahaha...... Kira nasib lah juga , tp jgn ada pulak yg kata akue tipu benda nie Serius Bergantung Pada 
Nasib....

- 1 lagi akue nak info Air Asia kebiasaannya akan buat promosi Murah cam nie, semua sedia maklum yg pembelian tiket adalah in Advance maksudnya klu tak 11 bulan awal, 8 bulan awal..... hehe gitu lah strategi Marketing Air Asia.... anda yg kena ikut Rules drang yg mana Tarikh Masa & Penerbangan TAK BOLEH pilig sesuka hati oke.....

- Masa paling cepat pun anda boleh berholiday adalah Beli Tiket Pada Bulan yg sama then kelam kabut anda terpaksa Apply cuti dlm tempoh kurang seminggu...... Hahahaha !!!! <-- klu kena tempat kerja yg sporting Syukur !!! 


B. Tempat Penginapan
- Ha yg ini pula Booking Invoice utk penginapan Hotel kami

- Tempat stay kitorang ialah Tune Hotel (hohoho mcm supporter Bisnes Mr. Tony Fernandez pulak) entah betul kah tidak akue eja nama dia nie.......

- Kenapa kitorang stay kat Tune Hotel ???
a. Sebab Murah
b. Sebab Tempat Yg kami Sebenarnya2 nak p Holiday ialah USS, memandangkan Tune ada perkhidmatan Shuttle Bus Direct ke USS so tak perlu lah kami susah2 nak cari pengangkutan ke USS (sumber dpt dr Blogger lain)
c. Sebab kami tak kenal sapa2 kat Johor, cuma ada seorang kwn lah cuma tak nak lah ganggu @ menyusahkan dia

- Percutian keluarga akue nie, lebih kepada jalan2, So utk Hotel spt Tune adalah memadai sbb hanya sekadar utk Tidur & Merehatkan Badan + Mandi

- Kat Tune Hotel nie ikut kemampuan anda, mana nak tambah sila2 kan yer..... 


 

C. Perkiraan Budjet  
- Kos Tiket Flight = RM190
- Kos Penginapan + Shuttle ke USS (return) = RM166
- Kos Shopping USS = RM600 (Tukar ke Mata wang Sing Dollar Dpt lah SD250 / Budjet hanya utk beli Souvenir bkn utk belanja sakan oke...... Budjet nie termasuklah utk Lunch di USS)
- Kos Shopping kat JB peruntukan = RM200 ada extra lagi !!!! (JB byk tempat menarik spt Legoland, Sanrio Hello Kitty, Johor Premium Outlet...), memandangkan Percutian kami sangat lah short.... dpt p USS sangat lah Puas Hati sbb whole Day pun mmg tak puas kagum sangat dgn entertainment kat sana........, tapi dpt shopping ckit kat JPO pun akue dah kira Happy ngehehehe padahal Mahal Gila Siot brg kat sana, almaklum Branded lah katakan
- Kos Makan2, disebabkan percutian hanya 2M3H campur tolak darab cincai kiralah = RM200++ takda fix amount sbb time Tiba JB dah petang so Makan Malam saja, padahal melantak dlm flight, esoknya Tiba JB dr USS pun malam, so Makan Malam lg sekali, Time Flight Return sama juga melantak di dlm Flight......... (Kos Makan2 termasuk makan dlm Flight)
- Kos Teksi from Airport ke Hotel ke Airport (return) = RM80+
* Tak larat nak round Bandar JB sbb penat sgt almaklum bawa Baby terbatas pergerakan
- Kos Tiket Masuk USS = RM340 (2 org,  Baby freee...... )

- Tempat stay kitorang ialah Tune Hotel (hohoho mcm supporter Bisnes Mr. Tony Fernandez pulak) entah betul kah tidak akue eja nama dia nie....... Patut Dato Tony nie tambah Trademark dia Every One Can Fly Every One Can Go Holiday, wlu servis tidak lah sebaik mana tp boleh, boleh lah.....

So Total Keseluruhan secara Kasar adalah RM1776 Less than RM2000, hooyeahh !!!! BERBALOI TAK ANDA RASA ????

Tips yg lain2
- Jika tujuan mmmg nak ke USS

- Sila jgn pegi Time Cuti Sekolah @ Weekend , sbb teramatlah sangat ramai org, so nak merasa Ride agak ambek masa sedikit anda2 semua kena sedia maklum sbb USS nie bkn org2 kita jer yg pegi Whole World oke.....

- Beli Tiket Entrance siap2 dgn ejen @ website tkt Kehabisan Tiket

- Sila tukar $$ SD siap2 kat Malaysia coz Rate tukaran bila dah masuk Singapore sangat tinggi....

- Tempat Makan Di USS yg ada simbol Halal adalah Limited (tp anda boleh jer Makan Kat Malaysian Food Street)

- Jika bawa Baby, semua keperluan Baby boleh bawa tempat Diaper Change disediakan & Banyak Tempat Beristirehat

- Boleh sewa Locker kat USS klu byk sgt barang malas nak bawa @ nak main Ride di USS

- Boleh beli siap2 Rain Coat Plastic klu nak main Ride Basah2 hahahaha

- USS buka dlm jam 9, Beli lah apa2 utk Sarapan anak2

- Sila ambil pamplet utk rujukan Setiap Acara

- Bawa Stroller Anak sbb penat nak jalan sambil angkat Anak, sambil2 tue Selesa juga Anak Tidur (Stroller ada disediakan di USS cuma khas utk Anak 2 Tahun Keatas & Orang Kurang Upaya 

- Utk Live Show Steven Spielberg, Aras Bawah Anda akan Basah, Aras Tgh Basah Sedikit, Aras Atas Langsung Tak Basah..... Jangan Marah @ Heran klu anda kena Siram oleh Stundman Hhahahaha.......

- Paling Penting Jangan Malu Bertanya, Malu Bertanya Sesat Jalan.... Especially di Imigresen, pergerakan keluar masuk antara JB-SING adalah sangat pantas, byk sgt org keluar masuk terutama waktu bekerja. Dinasihatkan jgn terhegeh2 waktu nak Cop Keluar & Cop Masuk Paspot di Sempadan. ( Pemegang Paspot Malaysia kena ke Kiosk Layan Diri, Paspot Malaysia Dgn Anak Kena Ke Kaunter & Paspot Asing Ada Kaunter Tersendiri )  

- TAK BOLEH bawa sekotak Rokok yg penuh, sila kurangkan 2 Batang, Gula2 Getah pun TIDAK BOLEH (tempat merokok ada disediakan khas kepada si Perokok2 hehehe) Klu nak rasa kena Saman cuba lah....

- JANGAN BUANG SAMPAH juga..... 

- Jika anda bershopping sakan sila sediakan Extra $$ tkt bila nak balik Baggage terlebih berat.....

Rasanya cukup sampai cni jer  Next Entri Pula Cuti2 Kitorang Kat Dalam Malaysia jer.Akhir sekali To Johorian & Singaporian Thank You So Much, drang nie semua baik hati nak rasa mcm mana Baik Hatinya drang haaaa p lah Cuti2 di JB & SINGAPORE.

Gatal Tangan Mau Juga Post Gambar (^_^V)


Passport, Boarding Pass Bus, Form Visitor & Ticket USS semua ni wajib ada
Pamplet Map Wajib ada juga....
Zone Madagascar
Zone New York.... Live Show Sesame Street, tp anak akue tak heran kunun hohoho
Zon Far Far Away..... Castle nya Memang Cantik, teruja juga dgn Movie 4D, Baby Ayla lah paling feel Seronok
Zone Sci-Fi City
Zone Ancient Egypt : Husband Over Excited
Zone Hollywood , Bambam masih anakku dicni.....
Zone Lost World
Luar USS, Tmpt Shopping & Hotel (Hard Rock Cafe)

Huhu Banyak foto tp belum cuci.... Nanes sob sob sob.....









PERCUTIAN BUDJET 

Hi Uooolllss..... kali nie entri akue nak story ttg Cuti-Cuti plak. Hehehe sapa yg tak suka pi Holiday kan semua org for sure suke punya. Tipu lah klu kata Tidak !!!!

Cuma yg sering jd kekangan adalah dr segi Budjet terutama bagi yg dah bekeluarga. So pada yg Single Mingle tidak tersenarai yer dlm entri ini hehehe........

Sebelum akue membebel entah apa2 tah disini saya ingin membuat pengakuan <-- ceh mcm org bersalah pulak, utk tahun 2013 nie akue telah Bercuti2 Keluarga hanya ber3 sebanyak 2x (Hahahaha Kes Balas Dendam sbb Time Preggy tak dpt Holiday + Tempoh Berpantang pula dikuarantin sgt2) Uwarghhh !!!! Stress tau

Honestly untuk merealisasikan impian percutian Budjet adalah yg perlu diutamakan. Sejujurnya percutian akue sekeluarga adalah yg paling Budjet pada perkiraan akue lah. Meh kita usha2 

Percutian Budjet yg akue kategorikan nie adalah seperti:-

1. Memerlukan pengangkutan yg melibatkan Kapal Terbang ( tak kisah lah Air Asia ker, MAS ker, Malindo ker @ 
     apa2 yg seangkatan dgnnya.....
2. Tempat yg dituju adalah tempat yg Tak Pernah Pergi lagi hanya mampu tgk kat TV, Majalah atau apa2 media 
     hebahan <-- hahaha ayat punya lah

Oklah Direct To The Point, sejujurnya bila akue se-Family bercuti hanya info2 dr Blogger yg biasa dgn Percutian menjadi rujukan ku, So kiranya akue adalah Master Mind percutian Budjet. Setelah Diteliti, Ditambah, Ditolak Didarab maka Percutian Keluarga yg Ala2 Backpackers semestinya Dijanjikan Keseronokan , hehehe engko mampu nak Bercuti2 Ala Backpackers dgn Membawa Baby Kecik........

Sblm akue panjangkan bebelan jom lihat Foto :-



Foto Wajib Bergambar dgn Globe Universal Studio Singapore
Foto with Ayah pulak.... hehe Baby Ayla time nie umur 4 Bulan (Jan 2013)
Tgk Baby Ayla dah pandai jalan yg nie Time Cuti2 kat Penang umur 1 Tahun (Sept 2013
Ayla dah setahun Cuti2 Kat KL pulak... kami stay kat Tune Hotel Downtown
Baby Ayla with Ayah again..... Di Pavillion
Yg ini with Mama..... Hihi dah bertudung Mama tp anaknya rambut masih jg gitu....
Holiday dgn Keluarga especially ada anak teramat lah seronok, bila rasa penat, pass tue tgk wajah anak yg Happy Penat pun automatik hilang...... Jom smbg story, akue nak bg tips mcm mana nak dpt Percutian Budjet nie :D

Sila Baca Next Entri yer......