Wednesday, November 6, 2013

 Do It Yourself Candy Buffet 

Weeehuuuu rajin pulak akue semenjak 2 menjak nie membuat entri2 yg bernas lagi Kelas kau Mak Jah ahahahaha....... Tak da lah saja jer nak uptodate kan Blog akue yg dah lama cuti........

Atas tue tajuk dah tulis besar2 DIY Canddy Buffet.... yah skrg nie kan dah trend Candy Buffet especially utk anak2, bkn saja Party2 atau Majlis2 org Dewasa tp utk bebudak kecik pun tak ketinggalan......

Sebenarnya Candy Buffet utk Birthday Party Budak2 Kecik lagi seronok, sebab semuanya comel2, sedap2 manis2sannya, klu Bebudak serbu membuas lah drang hehehe....

Candy Buffet nie akue buat masa Birthday Princess kecik akue tue, ala kadar jer mana yg terlarat & mampu. Actually dah plan lama siap carik brg ckit2, tp bila sampai masanya Heran Bin Ajaib boleh pula tak cukup masa hahahaha dan byk Plan Terjun & Tersasar.

Jujurnya buat Birthday Party anak sendiri sebenarnya tidak lah mudah, susah + penat oke...... 1 Day tak cukup tau, apa2 pun jum ushaaa jap foto2 Birthday My Princess

Kek Tema Ungu Pink, cantik tak ??????
Kek Flavor Coklat, Yummmy !!! Sedap.... kek nie tempah 2 minggu awal sebab design pilih sendiri tak ada dlm katalog, Terima Kasih buat Hubby punya Fren sbb Kek Nie mmg sedap + tahun sudah time Celebrate Anniversary dia jg yg buatkan. Terharu pulak sbb tahun nie sudi Buatkan Kek Birthday anak
Candy Buffet yg simple 
Keadaan Rumah GrandPa&Ma semasa Majlis.... Tq Mum sudi tumpangkan umah utk diselerakkan hahaha
Muka ndak sabar nak potong kek... hihihi
Poster Jemputan Buat Sendiri, Pilihan Foto masa anak umur 4 Bulan, Chubby kan ?????

Oke kenkawan dah tgk Foto ??? Hehe simple kan..... 

Jom akue nak share apa2 dalam merancang Birthday Party Anak Sendiri, hanya Jika anda betul2 merancang nak buat semuanya dgn kudrat @ sedikit pertolongan ahli keluarga @ BFF......

1. Tarikh , Masa & Tempat Acara 
Birthday anakku dibuat Cun2 pada Tarikh Lahirnya iaitu 31/8 (Mmg Public Holiday), Masa pulak Lepas Asar & Tempat Dibuat adalah Umah GrandPa&Ma

2. Budjet Peruntukan
Biasanya untuk Majlis Birthday adalah dlm RM300 mengikut jumlah jemputan..... buat senarai Nama termasuk khususnya Kanak-Kanak.

3. Menu
Untuk Menu anda perlu buat perancangan teliti sebab anda perlu tahu Jemputan2 yg akan datang, semestinya ada Kanak-Kanak, Remaja, Dewasa atau mungkin ada Jemputan Veteran hehehehe........
Untuk Birtyday Party anakku hari tue merangkumi semua peringkat umur.
Menu Pilihan akue hari tue terbahagi kepada beberapa Bhgn:-
1. Menu Kampung / Ringkas spt Nasi Goreng, MeeHoon Goreng, Sayap Ayam Goreng, Kari Daging 
2. Menu Western spt Spageti, Sandwich, Salad Buah, Sausage Goreng & Air Bergas
3. Candy Buffet spt Kek Birthday (wajib ada/pilihan), Jelly, Biskut, Puding Dadih, Gula2, Coklat & Air Kotak
4. Ole2 Cenderahati merangkumi Gula2, Coklat, Keropok, Jelly dll...... sediakan Budjet

Senaraikan setiap bahan mengikut Menu Pilihan anda supaya senang bila nak berbelanja di Pasar Market nanti, so tak adalah bahan2 yg tertinggal tak buat 2, 3x kerja.....

3. Tema
Pilihan Tema anda boleh Pilih samaada Nak Tema Warna, Karikatur Kartun @ Suasana

Birthday Party hari tue akue pilih Tema Warna saje sbb senang ckit nak cr benda, kiranya random pilihan benda pun boleh asal warna ikut tema, Akue plan Birthday anak taklah berbulan2 lamanya hanya dlm sebulan lebih jer. Akue mulakan Misi dgn senaraikan What To Do terlebih Dahulu paling utama Tema, Tarikh, Masa & Tempat. Dalam bulan Bithday bolehlah Buat Senarai Menu, Permainan, Fikirkan cara nak buat jemputan & senarai nama, tempah Kek, Games dll.....

4. Permainan
Masa Birthday anakku hari tue, akue hanya buat 1 Games..... biarpun Hanya 1 Games tapi seronok nya bkn alang2 oke....... gembira tau dgr helaian ketawa Anak2 Pacik2 Makcik 
- Games akue buat Rebut Makanan Ringan Sebanyak Munkin......... (lihat pada gambar No.4 nampak tak Kolam Belon tue <--------- haaaaa penuh tau ngan Makanan Ringan, caranya senang jer kumpul semua budak2 mengelilingi Kolam Belon tue dlm kiraan 1, 2, 3 Rebutlah Makanan Ringan tue sebanyak mungkin.......... jgn lupa sediakan plastik utk mereka........... Seronok !!! Tak Caya Cubalah, Masa nie boleh nampak Gaya anak2 yg Pemalu,Over Excaited, Kedekut Pun Ada, Manja..... & segala peel pun ada............ kikikikiki
Klu perjalanan Acara panjang boleh lah buat beberapa Games tp setiap Games ada Hadiah br seronok.
Antara Games yg biasa spt :-
- Kerusi Berirama
- Teka Jumlah Gula2
- Cari Gula2 Dlm Tepung
- Bawa Telur Guna Sudu

Sebenarnya idea akue Games Rebut Makanan Ringan nie lebih kurang macam Main Pukul Patung Sambil Tutup Mata, tp akue tukar sikit keMelayuan tak lah mcm org2 Putih Birthday anak drang Gantung Paddy Horse pastu pukul dgn Mata Tertutup alkisahnya....

5. Alat-Alat Keperluan Lain 
Pinggan, Gelas, Sudu & Garfu Plastik, Plastik Sampah, Tissue (Akue gunakan Plastik sebab senang tak kemas, pakai buang jer)
Topi Kon Harijadi dll
Sign Harijadi
Bekas-Bekas Tempat Letak Makanan & Minuman
Meja & Kerusi
Belon
Item Yg Perlu Utk Hiasan Meja & Backdrop spt Table Cloth, Balang Kaca, Dll....


5. Media Jemputan
Disebabkan dunia semakin canggih, media jemputan seperti Facebook,Twitter, Instagram boleh menggantikan cara kita nak menjemput jemputan....... Hari tue akue hanya Design Poster Jemputan Birthday yg buat sendiri menggunakan Photoshop, dan tempoh masa membuat akue peruntukkan dalam Seminggu. Kemudian postkan di Facebook dan Tag sesiapa yg nak dijemput. Print 1 size A3 yg mcm poster utk koleksi ingatan sendiri... hihihi....

Nak jemput guna Telefon, Kad Boleh saja ikut kemampuan & keadaan masa anda..... semuanya senang & mudah Mcm Slogan Kata "Semuanya Dihujung Jari"

Antara Menu Yg Anda Boleh Pilih Untuk Disediakan pada Candy Table (Pilihan Menu ikut pilihan anda sendiri)

KATEGORI KEK/KUIH
* Kek cawan
* Tart Buah
* Tart Telur
* Tart Cheese
* Apam Polkadot
* Mini Donut's
* Mix Slice Kek
* Kuih Tradisional
* Sandwich

KATEGORI COKLAT
* Lillipop
* Gummy
* Candy Skewers
* Stone Candy
* Mix Candy
* Gula2 Kapas

KATEGORI COKLAT
* Coklat Bulat
* Coklat Bar Saiz Kecil
* Coklat Stick
* Custom Made Coklat

KATEGORI PUDING
* Cumi2
* Puding Dadih
* Puding Buah

KATEGORI BISKUT
* Mix Biskut
* Biskut Stick
* Mix Wafer
* Custom Made Biskut
* Cip Coklat Cookies

KATEGORI KACANG
* Mix Kacang
* Kacang Bersalut Coklat

KATEGORI LAIN2
* Marshmallow
* Party Snack
* Bubblegum
* Keropok
* Koko Crunch & Honey Star
* Popcorn
* Coklat

KATEGORI BUAH-BUAHAN
* Salad Buah
* Mix Raisins
* Mix Jeruk Masam Manis
* Hirisan Buah Campur (Import) + Coklat @ Sirap Madu
* Fruits Skewers (Import) + Coklat + Sirap Madu

KATEGORI AIR
* Jus Lemon
* Fruit Punch
* Dairy Milk (Plain/Coklat/Strawberi)
* Mini Mineral

Last But Not Lease Thank You Buat Hubby, Family & BFF yg sudi bantu menjayakan Birthday Princess Kesayanganku....

Doa Mama buat Baby Ayal
"Semoga Menjadi Anak Yg Soleh, Sayang Allah, Mama,Ayah & Keluarga, Berguna Kepada Agama & Masyarakat. Membesar Jadi Anak Yg Pintar. Semoga Sihat Selalu & Murah Rezeki........... AMIN

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.