Wednesday, October 26, 2011

(WP) Dokumen

Rujukan nie hanya utk Bakal Pengantin Perempuan yg berstatus bujang spt akue aje yer hihihi !!!

Kepada setiap bakal pengantin, langkah pertama yg anda perlu buat ialah dapatkan:-

1. Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin

Borang boleh diperolehi di Pej. Agama atau Pejabat Agama Daerah mengikut dimana tmpt pemastautin  pengantin perempuan akan bernikah, if nak tmpt lain boleh juga terpulang pada pasangan itu sendiri.

Borang berharga RM5 satu, so bermakna anda kena beli 2 Borang yg mana 1 utk pengantin lelaki & 1 lagi utk pengantin perempuan.

Borang Permohonan Kebenaran Bernikah kat Sabah

2. Salinan I.C. Pengantin/Wali/Surat Lahir & 2 Org Saksi.

Semuanya wajib disahkan benar oleh JPN.

3. Surat Pengesahan Bujang

Dr Majikan jika bekerja/Ketua Kampung atau Akuan Berkanun iaitu Pesuruhjaya Sumpah bagi yg tidak bekerja. Jika request dr Majikan anda dpt percuma lah, klu Ketua Kampung anda boleh draft sendiri surat then Ketua Kampung akan tandatangan,contoh boleh didapati di Google cr jak confirm jumpa, tp klu minta buat kat Pesuruh Jaya Sumpah mestilah ada bayaran yg perlu dibayar harganya pula bergantung pada Pesuruh Jaya Sumpah tersebut.

4. Salinan Sijil Kursus Kahwin

Klu di Sabah utk area  Kota Kinabalu pengendali kursus nie adalah dr MAWADDAH MANAGEMENT di Muis klu tak silap Tingkat 1 Blok B, yuran kursus adalah RM100 utk seorang selama 2 hari  iaitu Sabtu 7.30pg - 5.00ptg & Ahad 8.00pg - 3.00ptg.Tp untuk daerah2 lain kena rujuk Pej.Agama lah yer.Syarat pakaian adalah menutup aurat.

Kursus kahwin nie tak da lah susah sgt hanya perlu duduk & dgr jer, langsung tak ada apa-apa ujian pun. Komen akue Kursus Kahwin nie seronok, langsung tak bosan tau ....... Byk ilmu boleh diperolehi drpd penceramah, Ustaz & Ustazah pun sporting2x. Sijil  nie sah utk selama-lamanya dan sijil nie juga hanya akan  dcop 4 x sahaja bg yg lelaki maksudnya KUOTA lah tue............. ahaaaa advantage utk kaum ADAM.

Suasana Time Kursus Di Wisma Muis Tingkat 2 (Lelaki)
Suasana Time Kursus Di Wisma Muis Tingkat 2 (Perempuan)
(^_^) hihihi photo kat atas tue akue dpt dr FB Ustaz Malai Ali.


Akue & Si Kekasih **ahaks..... (Pose seawal pagi time nak p kursus)
5. Ujian Saringan HIV

Boleh dibuat di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Kerajaan dimana2 saja.  Tak ambil masa yg lama, dlm masa 15 minit dah boleh dpt keputusan. Sedikit penerangan berkaitan akan diberikan & hanya perlu byr RM1.
   
Nota:-
Untuk ujian saringan yg keputusannya Reaktif, anda perlu datang semula utk ujian selanjutnya. Dan tempoh sah laku ujian tue hanya sah 6 Bulan bg yg Tidak Reaktif. 


6. Salinan Sijil Kahwin Ibu Bapa. Tujuannya utk pengesahan wali yg SAH semasa akad nikah.

Suggestion:-
Urusan dokumen2 nie semua better diurus 3 bulan atau 1 bulan lebih awal, bg memudahkan urusan & mengelak sebarang kesulitan disaat2 akhir. Borang nie & semua2 dokumen berkaitan kena hantar 7hari sblm tarikh nikah.

   
Truly by,
 Soo Rie Ann Tee

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.