Saturday, July 28, 2012

KELAS FATHER FRIENDLY

Holla hari nie akue rajin so buat entri sebanyak boleh wahahahaha !!!!! 

Kelas Father Friendly nie tujuannya utk mempersiapkan bakal2 Mommies & Daddies To Be bila dah nak dekat kelahiran anak. Kelas nie dibuat di Gov. Hospital tak perlu bayaran (PERCUMA) hanya perlu register nama & tarikhnya akan ditentukan. Time akue register hr tue akue dpt tarikh 23hb & 30hb June. kelas hanya diadakan pada tiap hari sabtu kecuali Cuti Umum. Kelas dibahagikan kepada 2 iaitu Ceramah & Senaman.

Kelas Ceramah 

Merangkumi 5 Segmen, antara ceramah yg disampaikan berkaitan ;

Ceramah 1 (Proses Bersalin)
Ianya diterangkan secara terperinci oleh doktor yg pakar. Bila dah dengar ceramah nie dpt lah ilmu sedikit macam mana mengetahui situasi ketika nak bersalin yg mana sama ada bersalin Secara Normal @ Ceaser. Diterangkan juga sakit yg macam mana dikatakan sakit bersalin bagaimana kah situasinya begitu juga jika jika seperti situasi Pecah Air Ketuban.......... Selain itu situasi ketika dibilik bersalin hihihihi situasi yg diterangkan dpt memberi sedikit gambaran buat para bakal2 Ayah tak lah terkial2 nanti bila dah sampai masanya nanti. Seronoknya bila attend ceramah nie Bakal Ayah diberi Pass untuk menemankan Isteri mereka ketika hari nak bersalin. Pass nie hanya diberi pada yg attend kursus nie oke !!! Harap Maklum........ sebenarnya Hospital Gov. sebelum nie tak beri kebenaran utk para Ayah menemankan Ibu takut terjadi situasi yg tidak diinginkan berlaku tetapi dengan adanya Kursus nie si Ayah dapatlah juga berkongsi pengalaman dan menginsafi betapa susahnya nak bersalin....... huhuhu

Ceramah 2 (Ubat Tahan sakit)
Berkaitan ubat2 tahan sakit ketika bersalin yg ada disediakan oleh pihak Hospital. Ubat2 nie boleh request sendiri by ibu2 hamil bersesuaian mana yg diorang request tp atas pemantauan doktor pakar juga lah........

Ceramah 3 (Penyusuan Bayi)
Berkaitan penyusuan bayi, penerangan bagaimana cara untuk menyusukan bayi dengan selamat & khasiat susu ibu kepada bayi.

Ceramah 4 (Pengunaan Ubat-Ubatan)
Ceramah berkaitan penggunaan ubat-ubatan luar yg tidak dikeluarkan oleh pihak hospital @ yg berlesen.

Ceramah 5 (Penjagaan bayi Baru Lahir)
Adalah tunjuk cara bagaimana memandikan bayi & penjagaan bayi yg baru lahir.............

Kelas Senaman

Antara kelas yg seronok akue rasa, sebab ditunjukkan cara2 senaman bagi ibu2 hamil sebelum & selepas bersalin..... semuanya bukan sekadar ceramah oke tp juga secara praktikal. Bukan ibu sahaja tapi Si Ayah juga turut serta bersenam..... hihihi, yg lain2 juga cara pergerakkan yg betul bagi ibu2 hamil. Lain2 ditayangkan juga proses kelahiran melalui slaid2 Ha !!! part nie tak boleh malu dah sebab segala2 yg sulit2 nampak yer........ Cik2 Puan2 & Tuan2 sekalian...... ini lah dinamakan lumrah alam dalam proses kelahiran.

Kedua2 kelas nie diadakan bermula seawal 8@9  pagi dan selesai dalam 11@12 tgh hari..... tak lama sekejap saja....... tp ilmu yg dapat tak ternilai. Terima Kasih buat Bestie akue sebab dia yg cadangkan akue utk attend kelas nie..... dia pun dulu attend juga, banyak maklumat boleh dapat. Mula2 tue akue ingatkan tak banyak orang attend yelah sebab belum banyak org tau lagi tp hakikatnya bila kitorang attend hari tue Kelas Full !!!

Untuk maklumat kelas hubungi / booking :-

Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah ditalian 088-522693/588

Jom lihat foto time ceramah waktu tue

Ceramah 5

Kelas Senaman 1

Kelas Senaman 2


Brochure2x yg diperolehi
Complete lah segala Schedule Bulan 6



That's me !!!! see my Tummy boleh nampak dah but still not fatty2 kan 

Senyum biar pun Panas....... Selepas Habis Ceramah
Bakal2 Ayah yg kelaparan sebab bangun sgt awal hihihi....









Window Shopping, Corner yg Mr.Hubby paling suka, kitchen corner.....

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.