Monday, December 10, 2012

WEEKEND WITH BABY AYLA 

Yesterday 9 December 2012, My Baby Ayla already 100 Days, yeah !!! so happy been with her seeing she grown as a healthier, smart & cleaver Baby. So me & my Hubby already decided to bring her out for learn something new & different things.
Location : 1Borneo Hypermall (a decoration & some Krismas activity been organize there, really enjoy & suitable to bring child for some interesting activity) 

Check it out her cute photo & action. 

Mama with Ayla
Mama getting slim again.... yeah !!!
She is my Princess
Like Mother Like Daughter
1Borneo Hypermall
That's Ayla Ayah"
Her Cute Pose, Smile & Eyes.....makes me melting huhuhu..... she really enjoying sitting on her Stroller
(p/s : that headband are hand made by me) 
See She Can Hold By Herself Her Milk Bottle
Cute : Ayah drink Baby Ayla also wanna drink (^_^)V 
Finally she sleep coz tired huhu

Mama & Ayah Love You So Much Ayla, You Are Everything For Us...... Muaaah !!! 

  
BUAIAN BERENDOI 

Salam sejahtera to all Mommies2 diluar sana, hari nie akue ada kelapangan so nak story ckit new Part-Time work yg akue & BFF akue buat skang nie hihihi, almaklumlah bila dah jadi Mama nie ada saja keja yg ada sangkutan ngan Baby menjadi sumber inspirasi ilham dan juga pendapatan.

 Meh akue short-cut kan story entri kali nie....... 

Merujuk kepada perkara diatas (cewahh !!! mcm surat rasmi pula.... hihihi) sebenarnya tajuk yg dinyatakan di atas lah Part-Time job akue yg akue nak kecoh kan sangat tue ahaks* 

Sebenar-benarnya tercetus ilham nak buat Bisnes Buaian Berendoi nie, sejak my BFF punya Baby lg time tue dia br saja buat Majlis Potong Jambul utk anaknya (hehe comei jer nama occasion),

Dimulakan story sebetulnya kitorang baru bercadang nak minta Quotation Price, tp tukang buat dah terbuat pula Buaian Besi tue maka secara automatiknya terpaksalah my BFF relakan juga membeli Buaian tersebut tetapi memandangkan waktu tue kesesuaian masa tidak menyebelahi pihak My BFF maka Bisnes nie terperap untuk seketika, & pada ketika itue pula bila baru saja kami nak mula kan Bisnes nie pihak akue pula masa & ketika itu tidak mengizinkan utk Bisnes ini dijalankan. Mana taknya, tak larat yer nak buat Job begini sambil usung perut yg dah sarat.

Dan secara rasminya after My Baby lahir & after majlis Berendoi, Potong Jambul (yg sbenarnya tak de jambul pun....) & aqiqah dibuat, kiranya Baby akue lah yg tukang rasmi Buaian tue. Bisnes nie pun dijlnkan secara rasmi.

So, buat all parents yg berada di sekitar Kota Kinabalu, YESS !!! we know its very difficult utk dptkan pihak yg buat Service Sewa Buaian Berendoi. (Sebenarnya kitorang dah servay servis sewa buaian kat Sabah especially bandar Kota Kinabalu, ianya belum berkembang dgn pesatnya khususnya service Sewa & Deco Buaian Berendoi nie, hakikatnya akue sbg Mama nie ada juga rasa jealous bila mana tgk baby2 kat West Malaysia seronok jer duk kat dlm buaian yg dihias cantik time Majlis Berendoi diorang) dgn hati yg membara & berkobar2 maka tercetuslah idea nak buat Bisnes Buaian Berendoi, ye lah sapa tak nak time Majlis Baby Tersayang org tgk baby kita dilayan bak Princess & Prince....... huhuhu (^_^)V 

Oklah, cukup setakat itu jom tgk foto sebagai senaman mata Mommies2 semua (utk sementara akue post kat cni dulu, bila ada masa terluang sangat2 nanti baru lah Blog Rasmi Bisnes nie dbuka  secara khususnya),

p/s utk makluman yg Tema Pink2 tue foto waktu Majlis Baby akue hari tue & yg color Yellow semestinya our 1st Job :), untuk lanjutan story Majlis Aqiqah, Potong Jambul, Berkhatan & Berendoi My Baby akan akue story di lain hari k....... till then enjoy XoXo :) 

 Baby Name : Khayla Nurazalia Binti Srizwan Pramusinto
Color Theme : Sweet Pinkish ( Crandle w/ Bunga Telur )
Date : 11 November 2012 (Sunday)

 Vanue : Kg.Peringatan Petagas






 Baby Name : Muhammad Ziqri Faris Bin Mohd.Faizal 
Color Theme : Honey Yellowish ( Crandle w/ Paper Fan Deco )
Date : 07 December 2012 (Friday)
Vanue : Kg.Ketiau Putatan








Untuk sebarang pertanyaan sila lah lawat FB Page Kouru's Simply Craft https://www.facebook.com/pages/Kourus-Simply-Craft/413938185326937

Sokongan dr anda semua amatlah dihargai, kpd yg sudi jenguk & lawat Blog ini diucapkan
terima kasih  

Saturday, December 1, 2012

BABY GIRL @ BABY BOY

Semua mommies2 to be tak sabar nak tau jantina Baby kan, cara senang mestilah ke Klinik utk scan, tp Jom Main Teka2 Jantina Baby

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung ( hakikatnya akue mmg tak morning sickness yg teruk di awal kehamilan )
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit ( pada mulanya degupan jantung Ayla mmg dalam 140 dan di akhir kandungann mencecah lebih 150 kali seminit )
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh ( pendapat akue kurang pasti )
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna ( pendapat akue mmg perut nampak bulat semasa preggy )
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap ( hakikatnya ini mmg betul, bkn semua mommies to be daerah nie akan mengelap ker ?? )
  • Bentuk perut condong ke arah bawah ( perut akue steady jer maintain qute2 hihihi)
  • Sukakan makanan yang masam dan masin ( langsung tak mkn masam, masin ckit2 jer, tapi heran En.Husband pula kesukaan benda masam )
  • Suka makan daging dan keju ( time preggy mmg suka makan daging & keju ... hmm )
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk ( tapak kaki mmg sejuk, selalu rasa ngilu juga )
  • Tangan selalu kekeringan ( pendapat akue kurang pasti )
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur ( lupa nak minta En.Husband cek waktu tidur )
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan ( En.Husband maintain ajer beratnyer )
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil ( kadang ada mood nak berdandan kadang langsung tak ada mood )
  • Hidung tampak lebih mekar ( hidung akue mancung, berseri ker ??? )
  • Selalu sakit kepala ( di awal kehamilan jer )


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan ( spt yg akue nyatakan di atas )
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul ( pendapat akue kurang pasti )
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan ( tak langsung, hakikatnya kanan yg lebih besar )
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya ( rasanya hitam seperti biasa saja )
  • Bentuk perut condong ke arah atas ( pendapat akue seperti di atas )
  • Perut tampak agak lonjong ( perut tak lonjong, comei aje lah )
  • Mengidam makanan manis ( Fakta ini paling benar )
  • Sukakan buah-buahan ( Suka juga tapi paling suka makanan ringan )
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam ( Langsung tak benar )
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil ( Hakikatnya benar )
  • Mudah moody berbanding sebelumnya ( Benar juga, malah lebih pemarah & emosi )
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil ( Alhamdullilah kulit wajah tak da masalah )
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya ( akue bantai jer tak kisah )
  • Payudara kelihatan mengembang ( rasanya norma l to all mommies to be )
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur ( pendapat akue seperti di atas )

Akue dah buat remarks pada setiap fakta, ada betul ada salah, waktu akue preggy hari tue konfiden sangat kunun dpt Baby Boy tp hakikatnya Allah itu lebih mengetahui dan akue dpt Baby Girl. Apa2 pun anak yg kita dianugerahkan yg penting sihat & sempuruna...... dr kita saja mencorak anak-anak nie menjadi insan berguna, berjaya & terbaik.

Mungkin anda nak cuba test try lagi main teka2, try cuba buka link nie :- 
http://viaemma.blogspot.tw/2009/01/tentukan-jantina-bayi-dari-carta-kuno.html

akue test try cuba mcm betul pula  (^_^)V




BERPANTANG DI ERA KEMODENAN

Entri kali nie akue nak story tentang pantang, tp sebelum tue awal2 akue nak bgtau entri nie mmg panjang sama seperti Cerita Pengalaman Melahirkan My Baby iaitu entri sebelum ini, tujuan akue nak share agar Mommies2 To Be diluar sana dapat sedikit informasi & gambaran cerita sebenar menjadi seorang Mommies. Ya story akue nie ala-ala "Kisah Benar".

Well akue mulakan dgn Bismillahirahmanirahim................ semua org tau klu ceta ttg berpantang khususnya bagi wanita yg dah melahirkan. Tempoh berpantang pula ada yg kata 40 hari, ada pula 44 hari dan yg paling lama 100 hari....

Untuk akue, cukuplah sekadar 44 hari itupun tak ikut sgt, mana yg syarat wajib & mampu jer akue ikut ......(p/s:- masa ke klinik hr tue tiap kali bw baby byk juga mommies2 yg tak ikut pantang biarpun tempoh melahirkan masih dlm jangka mingguan) hakikatnya mmg rimas lah tiap hari pun kena pakai stokin, kena pakai baju lengan panjang, sbb tue org yg berpantang kena dijaga betul2 takut terjadi stress tahap maksimum yg boleh menyebabkan terjadi benda2 yg tak diingini, seperti Meroyan @ mungkin yg lebih teruk, wallahuallam.

Jom akue story ckit, mana yg masih akue ingat walhal baru beberapa hari berlalu. Secara ringkasnya bab makanan adalah tumpuan utama.Hakikatnya tersangat lah banyaknya jenis2 makanan yg tak boleh dimakan. Waktu berpantang menu seperti Sup Ayam Kampung & Sup Ikan adalah menu tiap hari yg akue telan...... ayam kureng tp ikan yg lebih sbb Ayam Kampung mahal wooo, uhuuu sebenarnya akue sedih ...... Sayur2 pula tetap menu yg sama disupkan dan hanya beberapa jenis sayur sahaja yg boleh dimakan spt Sayur Putih, Lobak Merah, Jantung Pisang & Lobak Putih yg lain2 sila buat rujukan sendiri yer.

Bagi akue part paling best adalah Buah-Buahan, nak tau kenapa ??? sebabnya seperti akue ketagih pada kemanisan. Tapi was !!!! buah pun bukan sembarangan buah yer yg dibolehkan makan. Disebabkan kebanyakkan menu yg disediakan akue kurang berselera wlu menu Sup Ayam Kampung, akue teramat lah bersyukur juga dapat melantak Buah Anggur sepuas2 hati, tak pernah seumur2 hidup nie, akue makan Buah Anggur tiap hari dgn banyak !!!! wahahahaha ß ketawa penjahat

Selain itu makanan spt roti paun, biskut2 yg berunsurkan gandum menjadi santapan. Paling Best juga  Kokocrunch adalah seperti “Junk Food”, mana tak sbb tak dpt makan makanan ringan yg byk bahan pengawet maka alternative lain ialah makan Kokocrunch lah sebagai penganti.

Perlu diingat sebenarnya boleh makan makanan yg dmsk bergoreng/ditumis tp dlm kuantiti yg sgt sedikit...... & pantang makanan nie kena lah relakan diri untuk mengikutnya, mau tak mau kena juga ikut !!!! terutama kpd mommies2 yg menyusukan Baby. If not kecian kat Baby coz Baby yg dpt efek. Owh ya akue makan juga Fishball & Sausage, meriah ckit jugalah menu akue sebab kata Mum Fish Ball & Sausage nie bahan utamanya banyak tepung2 jer.

Makanan/Minuman Sejuk, Bergas, Pedas juga dilarang yer dlm tempoh berpantang.
(Sebenarnya akue pernah curi2 makan Ayam Goreng yg digoreng bkn Ayam Kampung yer, dgn sekelip mata tumbuh ruam2 kat muka Baby) uwargh kecian dan akue cepat2 minum byk air suam kecian pula tgk Baby ada ruam........... jika sayangkan anak bertolak ansur lah sedikit bknnya lama pun tempoh berpantang ß padahal akue sendiri sedikit Emo, pandai lak nak nasihat org len kuang kuang kuang

Sila rujuk dicni untuk senarai jenis makanan yg boleh & tidak boleh dimakan sepanjang tempoh berpantang, link ini :-phattgurll.blogspot.com/2011/06/amalan-semasa-berpantang.html (akue printkan jadual tue & lekat kat freezer senang ckit kpd family nak belanja dapur apa yg boleh & tak boleh akue makan)

Selesai cerita Bab Makanan, seterusnya akue nak story Bab lain yg berkaitan dgn pantang

Berpantang yg akue buta tak ada lah bertungku & ikat2 yg lilit kain kat perut tue (maaf tak tau namanya bengkung ker apa namanya tue), secara alternative akue hanya menggunakan korset, yeah !!! moden kan, well keputusannya tetap sama juga : pinggang akan kembali ke bentuk spt yg asal. Lg pun korset boleh pakai bila2 masa saja, berbanding kain yg diikat2 tue mcm mumia pula rasa (yg penting disiplin diri)

Bab Mandian pula Mum akue sediakan “Air Sambung” kahas utk akue mandi selama 7hari berturut2 diawalan & pada hari terakhir berpantang iaitu hr ke-44. Air Sambung nie sebenarnya adalah rendaman air dgn campuran daun2 herba khusus yg diikat semua sekali dlm ikatan segengam, tak tau pula akue jenis2 daun herba yg digunakan tp ada 1 jenis saja yg dpt akue cam iaitu Daun Serai Merah. Air rendaman tersebut akan berwarna merah (mungkin berpunca dr Daun Serai Merah tue lah kot) & air rendaman tersebut amat wangi.

Tujuan mandi “Air Sambung” nie bagi membuang segala angin2 yg ada pada badan mommies2 yg baru melahirkan.

Daun2 Herba Sambung nie byk digunakan terutamanya oleh Kaum Cina dan sdh semestinya klu nak beli, Tokey2 Cina yg banyak jual sbb asalnya mereka kan pakar aka percaya keberkesanan herba2 yg digunakan  Klu kat Kota Kinabalu Sabah “Daun Sambung” nie boleh didapati di pasar besar, dbwh nie fotonya sbgai rujukan kepada sesiapa yg nak cuba beli, org biasa pun boleh mandi “Air Sambung” tak salah & tak rugi klu mencuba............ Sebaiknya mandilah dgn air panas. Sepasang Daun Sambung nie Harganya dlm RM1.50 sahaja, murah kan.........



Selama 3 hari berturut2 juga akue diberi minum jamu, Jamu nie dbw khas dr Indonesia, dibeli juga kat pasar dlm sebungkus. Jamu tue dimasak kemudian ditapis dan diminum untuk 3 hari berturut-turut. Klu ditanya mcm mana rasanya, Rasa Jamulah semestinya pahit, kelat & of coz tak sedap....... klu org Sabah kata “Kejeraan mau minum” maksudnya serik nak minum. Mana tak Pahit yg teramat sangat okey.

Tujuan minum Jamu nie, utk mempercepatkan proses penyembuhan luka2 di dlm badan selepas melahirkan, wlu hakikat sebenarnya Nurse kat klinik tak suruh. Tapi bila dah minum Jamu nie keadaan bdn cergas sedikit & rahim pun cepat kecut. Harga dalam RM3-4 sebungkus.

Maaf tak sempat ambek foto sbb ramuan dah direbus sblm sempat akue ambek foto.

Dan sebagai sampingan Mum akue suruh minum “Air Anggur” nama saja air anggur yer tp jgn salah faham Air Anggur nie tak sedap sbb ianya ada alcohol. Maknaya ia spt arak tp tak ada campuran yg memabukkan hanya herba. Sekali lagi akue tegaskan tak Memabukkan!! yer Cuma mengandungi kandungan alcohol yg teramatlah sedikit. Menurut pendapat akue ianya untuk tujuan berubat, terpulang kpd Anda...Anda & Anda semua utk menilainya.

Dibwh nie fotonya, menurut Mum akue harganya kini dah mahal dlm RM55 sebotol, beza dgn 20thn yg lalu masa zaman my Mum harganya baru RM20........ Air Anggur nie juga boleh didapati dipasar yg sama juga tmpt membeli Daun Sambung & Jamu.

Air Anggur yg dah akue minum separuh (^_^)V

Akhir sekali jgn lupa berurut.
Tujuan urut utk naik kan peranakkan, waktu akue berurut hr tue kata kakak yg mengurut, ada urat kat belakang aku yg dah lari dr kedudukan asal. Ha mmg pun, tue sbbnya tiap kali nak berdiri rasa ngilu yg teramat sgt. Sebenarnya akue kepayahan nak cr tukang urut @ bidan kampung mana taknya hidup dbandar kan..... nasib baik lah jg saloon yg biasa akue pergi utk mendandan rmbt ada menyediakan khidmat mengurut nie. Disarankan tanya lah dgn teliti tkt bkn yg pakar mengurut utk org yg br melahirkan, & semestinya juga Muhrim yer... ahaks J

Akue berurut pd hari ke-3, ke-7 & ke-44. Kakak yg mengurut aku nie masih muda tp jari2nya yg mengurut boleh tahan, terasa juga sakitnya.  Oyeah dan urat akue yg dah terlari dr landasan dah tak sakit lg.

Buat mommies2 to be disarankan jgn sesekali berurut mahupun berurut di kerusi urut yg banyak disediakan d shopping2 mall yer.....
.
Tamat lah entri kali nie, boring bc celoteh akue yg berjela, konon nak share sedikit tp tetap panjang berjela, actually terlalu byk nak dishare tapi cukup jelah yg penting2 ye (^_^)V.

Sbgai sampingan entri amalan berpantang ketika hamil baca link ini :- ayurazak.blogspot.com/2012/03/petua-dan-pantang-larang-semasa.html



FOTO-FOTO MY BABY TERSAYANG ( 1 - 2 MONTH ) LOVE & SAYANG SANGAT AYLA


Pinky itu harus !!!!

Tido time hantar Uncle Pyan d Airport

Mama & Ayla ....... erm debabnye

Senang hati coz dpt jln2

Foto Ayla with Atok

Yeah Cucu Kesayangan Atok !!

Alamak kecik2 dah pakai Wig, Acik Yayah saja lepas geram nak tgk anak buah konon2 ada rambut

Ayla Bersantai di petang hari

Aktiviti Mandi Feveret Ayla, hmmm sampai kening terangkat

Lihatnya anak ku bulatnya, ngehehe

Wajah2 Boring Ayla hihihi

Ayla buat muka ekspresi qute

Yeah Mama Sayang Ayla !!!

Happy Time, Bersungguh2 Ayla Bercerita

Dah Umur 2 Bulan Lebih, pandai pegang botol susu dah anak mama

Mama suka tgk Ayla Tido, jadey Mama snap gambar Ayla

Mama P Keja Ayla Jaday Bdk Pandai Di Umah yer.....

Achievement 1 -2 Month : Ayla dah pandai ikut ekspresi Muka, Suka Senyum & Membalas Senyuman Org, Suka Sengih, Suka Main Air Liur, Pandai Buka Mittens Sendiri, Suka Tgk Tv, Suka Dibawa jalan2, Suka Mandi, Rajin Bercerita, Manja Sangat2, Kuat Nangis Juga, Pandai Mengigau, Belajar Mengiring, Mengenali Org Sekeliling, Muaaahhhh !!!! Sayang Anak Mama Yg Pintar :)

Friday, November 30, 2012


CERITA PENGALAMAN MELAHIRKAN MY BABY (CINTA HATI)


Ini cerita Mommies, ya akue dah jadey mommies. Hoyeah !!! sangat happy.

Akue mulakan dgn perkataan Alhamdullilah, sesungguhnya akue telah secara sah & rasminya menjadi Mama pada tanggal 31hb Ogos lalu, amacam cantik tak tarikh hihihi sepatutnya Baby akue lahir pada tarikh lahir yg sama dgn akue tp sesungguhnya Baby akue tak nak share tarikh yg sama dgn akue nak juga keknya sendiri huhuhuhu, tp apa2 pun tarikh lahir si Baby tetap Meletop !!! 31hb Ogos okey..... Public Holiday tue.

Akue amat bersyukur atas kelahiran Baby nie, tanda Cinta kami, kini si Baby dah nak masuk 3 bln, dia membesar dgn sihat manja & sgt cergas, okey lah mesti dah boring dgn mukadimah akue nie kan, jom akue nak story saat2 akue menunggu kelahiran Cinta Hatiku nie.

Pada tanggal yg sepatutnya akue melahirkan, pagi tue mmg masih tak da rasa apa2, kecewa + risau jugalah siap ckp dgn Baby kat dlm perut lg, “Tak Nak Keluar lg ker Sayang??” huhuhu.

Mcm biasalah bila Baby tak keluar2 lg kena juga pegi klinik, haaa bila dah kat klinik spt biasalah utk cek rutin yg every month preggy Mum buat tue, Puan Nurse pula waktu tue sempat ckp “Aik tak keluar2 lg Si Baby?” amboi Nurse ikut sedap mulut engko jer apa ko nak ckp ek...... Mcm biasalah bila dah cek semestinya semua ok. Nurse pun sempat pesan klu mlm nie dah melahirkan dlm esok atau 2, 3 hari wajib daftar Baby kat klinik & wajib bawa Baby sekali. Akue pun apalagi melopong sambil bertanya “Ha, biar betul baru melahirkan boleh ker jalan???” then Nurse pun sengih2 dan kata “Alah minta lah tolong En.Husband atau mak yg bawa. Ooooo jawabku hehehe

Lepas balik jer dr klinik akue sempat lagi  bawa adik ke Salon yg berada di tingkat 1, maknanya akue kena naik tangga lagi, huhu dah lah tiap kali p keja kena naik tangga yg mana Tingginya ofis akue tue d Tingkat 2 haih !!!! yg kali nie tatkala memanjat tangga2 tersebut  terasa semput sgt pula.

Owh ya sblm terlupa awal2 pagi pun akue dah mmg senaman berjalan diluar rumah pergi balik.............. & hari tue juga tak henti2 hp kue berbunyi menerima sms dr cousin, BFF, wife cousin yg of coz ler bertanya khabar & tak lupa memberi kata2 semangat.  Yah Chaiyo2x !!!! En. Husband pula balik2 SMS juga bertanya mcm mana keadaan (dia punya lah risau yg akue pula boleh ketawa2 lag,i maka dlm hati dah risau sgt sbb tak da apa2 tanda langsung)

Hari pun berlalu, bila dah masuk magrib mulalah terasa sedikit sakit kat perut tp waktu tue masih boleh tahan, Cewahh .... betul nie akue tak tipu rasa sakit nya mcm nak dtg period. Bila dah msk waktu malam antara jam 7 – 10 mlm , Mum akue & Nenek bertanya ada sakit tak??? akue kata sakit sikit2 sajer & bila ke toilet tiap kali buang air kecil ada sedikit sangat darah yg turut serta ...... uwargh utk penegetahuan akue dah ke toilet lebih 10x okey !!!! & Finally bila keluar darah berlendir yg banyak yg mana waktu tue dah jam 11mlm akue pun kejutkan En.Husband minta bawa ke Hospital. Tak sakit sebenarnya cuma panic jer sbb Nampak darah, Mum pun dah advice suruh ke hospital cepat2, nasib baik En.Husband tak OT dan standby jer d rumah.

Dalam perjalanan rasanya bila bunyi ajer letupan bunga api menandakan msk 31 Ogos sakit perut pun terasa yg amat sakit, rasa sakit utk kali nie adalah dlm setiap 4, 3 minit berselang klu sakit2 yg awal td adalah selang ½ jam........ (dlm otak fikiran inilah pula rasa mcm mana sakit kontraksi)

Bila sampai kat hospital, kitorang tak tau lagi bilik bersalin dmana, nasib baik lah terjumpa Nurse kat ruang Lobby & bawa ke tempat tue. Bila sampai saja nampak byk pula org berbaris, dlm otak fikiran akue “Haih ini apasal pula byk org???” heran sendiri ..... so akue pun pergi lah mendaftarkan diri d Bilik yg dikenali sbg   Bilik Penilaian tak silap rasanya di Tingkat 2 kot.

Daftar diri mcm biasa lah b, akue Nampak byk Mommies yg duduk & ada kat atas katil menunggu utk diperiksa....yg akue nie berikan buku rekod kehamilan & IC. Bila dah daftar kenalah tunggu, tapi masa menunggu utk diperksa tue punyalah lama, Hish !!!! sempat lagi rasanya 3x akue ulang alik ke toilet & waktu d toilet darah tetap keluar tp kali nie lagi banyak dr yg tadi. Kat Bilik Penilaian nie En.Husband tak boleh masuk yer, kena tunggu luar ajer.

Bila akue dah dipanggil utk baring, ada pula Nurse menemuramah, bertanya kenapa datang mendaftar, rasanya maksud dia nak tanya keterus datang ke Bilik Penilaian, then akue pun bgtau lah ada keluar darah rasanya tanda nak bersalin dah. Akhirnya akue pun diberi baju utk tukar. Color Pink yer....comei gitu !!!

Bila dah berbaring tue, akue tgk kiri kanan akue mommies2 yg dah menahan sakit, siap di perut drang diletak mcm2 jenis alat utk periksa degupan jantung Baby.

Akue pula rasanya dah terbaring lebih ½ jam tak juga di cek, kenapa akue kata begitu sebab time kami sampai hospital dlm jam 12 lebih dan bila tgk jam dah nak dkt jam 1 blm juga di cek, Nurse balik2 juga tanya dah ker doctor cek, Belum lah wahai Nurse !!!! Bila rasa sakit melanda yg sangat2 akue dah terbaring bkn dlm keadaan lurus oke, dah membengkok mcm Udang menahan sakit. Waktu tue sempat juga akue sms Husband utk bawa naik segala keperluan & ready2 utk dipanggil msk bilik bersalin.

Sampai masa akue dicek, Adoi Doktor lelaki yer, malu mmg malu tapi rasa sakit habis lupa semua.....wahahaha !!! Bila Doktor tue seluk jerk at bawah neh dia kata dah Full !! apa maksud Full ??? maksudnya dah bukaan penuh........ & katil akue pun secepatnya dihantar ke bilik bersalin.

Bilik bersalin akue special tau Bilik Privacy hanya seorang kat bilik tue compare dgn bilik2 lain yg share 2 org, yelah kira Special klu bersalin d Hospital Kerajaan. So kpd mommies2 yg nak bersalin privacy ikutlah Kursus Father Friendly, selain Husband leh ikut msk, bilik pun Nice..... (^_^)V cewah !!!

Wokeh jom continue story.... waktu akue disorong msk bilik besalin ditemuramah lg tanya Husband keja apalah?? akue keja apalah??? Dan mcm2 lg soalan bg menggelakkan akue asyik fikir sakit yg melanda ketika itu.... Kat dlm bilik bersalin seorang Bidan & seorang Nurse akan ditempatkan, Bidan pula tugasnya utk conduct bila masa utk Meneran, yelah tak boleh suka2 nak teran yer, kata Bidan pada akue air ketuban dah pecah, pecahnya bila pun akue dah tak perasan hihihi Doktor pula tugasnya hanya meronda lihat keadaan sekiranya Plan A iaitu bersalin scra Normal tak dpt always ada Plan B or C iaitu bersalin dgn alat bantuan if still Cannot br lah scra Pembedahan. Dlm kes akue sesunggunya mmg tak reti mcm mana nak meneran, rasa mcm senang tp hakikatnya susah oke...... lebih 1/2 jam juga lah rasanya. Doktor pula ttp  paksa nak akue bersalin secara normal.Husband pula tak berhenti2 bagi kata2 semangat.

Akhirnya jam 2.49am lahir juga seorang Baby Girl,dgn berat 2.75grm syukur jarak masa sakit dgn masa melahirkan tak lama sgt huhu. Bidan2 skrg dah tak main tampar2 punggung utk buat Baby tue nangis cukuplah dgn tepuk2 belakang utk keluarkan segala mcm air pastu tunggang kan ckit utk kita sendiri tgk apa jantina Baby kita, selepas itu Baby akan diletakkan di dada kita utk seketika. Moment nie sgt touching habis sebab dapat peluk Baby, magiknya waktu nie Baby dah pandai cari puting dan menghisap susu, terharu sangat “Kepandaian semula jadi selepas saja dilahirkan”

After that utk seketika Nurse akan ambil Baby utk dibersihkan seterusnya dipakaikan Baju & utk urusan lain2 spt :-
-          Timbang Panjang & Berat
-          Ukur Suhu Badan
-          Ujian G6PD
-          & Pelbagai jenis penilaian

Sekiranya Baby anda sihat wallafiat Baby akan dikembalikan kpd anda secepat mungkin & anda pun dipindah kan ker Wad Biasa.

Waktu akue bersalin tue tersangat lah ramai mommies yg bersalin pada tarikh tue, katil2 pun penuh & terpaksa lah juga akue diperap lama kat Bilik Bersalin nasib baik En.Husband temankan sampai pagi jugalah. Kecian dia mengantuk yg teramat sangat. Nurse pun sangat baik mcm tau2 saja after melahirkan akan lapar so akue pun diberi secawan Milo Panas + Biskut. Sebenarnya akue tak lapar sangat cuma haus jer memanjang, nasib baik d beg yg akue bawa ada bekalan sedikit biskut dan juga air....... Memandangkan hari tue adalah sambutan Merdeka, di wad akue tue ada acara makan2. & Doktor2 siap offer nak bagi makanan lagi hihihihihi...............

Kebiasaannya pada tarikh 31 Ogos kan pasti ada lawatan dr org2 VIP utk melihat Anak2 Merdeka, acara lawatan nie pasti ada hamper disampaikan cewahh !!! bangga sekejap dpt Anak Merdeka. Menurut kata Nurse msk saja diambang merdeka maknanya dr subuh hinggalah akhir 12.59pm mlm seramai lebih 50 Baby merdeka lahir kat Hospital Wanita & Kanak2 Kota Kinabalu Sabah, wow byknya !!!!!

Dan ketika akue dipindahkan ke wad biasa sdh msk jam 2ptg, Mum akue yg dah menunggu sejak awal pagi nak melawat kecewa sbb tak dpt jumpa yelah waktu tue belum keluar2 lagi dr bilik bersalin sbb tak ada katil kosong.

Akue ditempatkan di Wad Kenanga 2, dibilik nie semua Mommies yg melahirkan dgn cara pembedahan & alat bantuan, kecian juga tengok sbb ssh sangat drang nak bergerak, berbanding dgn akue sakit tetap sakit tp kuatkan semangat juga sbb Doktor dah pesan waktu masih di bilik bersalin, sakit nie tak boleh dilayan sangat. Sepanjang di wad Husband sentiasa temankan akue terutama diwaktu masa melawat. Selain waktu melawat Husband & Keluarga Dilarang Sama Sekali Menjaga Mommies2 semua........ & keesokan harinya sblh pagi dapatlah mum akue dtg melawat utk melihat cucu pertamanya. Kecian tgk En.Husband sibuk mengurus “Tanam Tembuni”, “hantar balik Baju2 Kotor” sampai makan pun tak tentu, tiap kali masa melawat mesti terlelap sekejap, wlu hakikatnya dia tidur d kereta sepanjang akue di hospital.

Disebabkan akue dlm keadaan ok begitu juga Baby hanya sehari akue bermlm di Wad, rasa penat bersalin, penat berjaga jangan ckp lah. Nak rasa kena jadey mommies dulu baru tahu......hihihi....

Nak share lah petua yg akue amalkan utk mudah bersalin
-         -  Kata Nenek akue Gigit Seulas Kunyit Hidup Lepas tue sapukan di perut
-         - Kata Mum akue rajin2 buat pergerakkan ringan mcm Berjalan2, Membersihkan Rumah... jgn malas asyik
        nak rehat saja tak pun p lah window shopping ;)
-         -  Kata Wife Sepupu akue minum air rendaman Biji Nangka
-         -  Kata BFF akue minum air akhir di hujung rambut setiap kali cuci rambut
-           & Akhir sekali sblm  nak bersalin Mohon lah Ampun & Maaf dgn Mother & Suami kita sbb kedua2 org nie
       lah org yg terpenting dlm hidup kita tak lupa juga Mohon pada Allah agar dipermudahkan segalanya (rajin2
       solat)

Semua petua nie akue amalkan sepanjang mengandung, alhamdullilah semuanya selamat tak pecaya ??? jarak sakit perut akue tak lama dgn masa kelahiran Baby & hakikatnya akue langsung tak rasa sakit melahirkan Cuma sakit kontraksi & terasa sakit sikit masa dijahit..... masa jahit sakit lah ckit biar ada ubat bius, kata Nurse mmglah ubat Bius tak berfungsi pada kulit kecuali isi. Akhir sekali terima kasih pada semua Family, Friends, My BFF, para Doktor, Bidan & Nurse.

Entri seterusnya akan akue ceritakan kisah Berpantang, Keadaan Baby dan banyak lagi.
Sblm akhir entri Jom Layan Foto2 :-

Lupa pula nak bgtau Buah Cinta Hati Kami nie dinamakan Khayla Nurazalia yg bermaksud Cahaya Kecantikan Yang Kekal Abadi................ semoga seindah namanya Baby kesayangan ku nie menjadi seorang yg Pintar,Solehah & Berguna , Amin!!!

p/s :- Panjang kan coretan akue, hahaha puas hati akue, ngehehe nie lah tujuan utama akue menulis blog, saja nak tulis panjang2 melalut2 lagi tue pula sbb kenapa akue nak story panjang berjela cam nie sebabnya bukan ada sapa pun nak dengar kan klu akue nak story.... jd kat cnilah akue abadikan segala kenangan indah :D 


Keadaan Bilik Bersalin (haha nampak tak kaki tue ngehehe)
Keadaan Bilik Bersalin (jgn takut bilik bersalin keadaannya tak scary pun)
En. Husband aka Ayah tgh selimutkan Baby


Serius ajer rupanya kan....
Baby tido, Ayah pun tido.... apasal Mama tak tido2 nie??? hmmm confius
Baby after keluar dr Labour Room
My Mum aka Nenek.... hihi 
My Father aka atok, paling sayang cucu huhu




Yeah our photo ber-3, see si Baby kecik sgt2, baju pun longgar, only wear baju jer tau, takda seluar huhu



Si Baby after bawa balik umah (ha !!! nie lah aktiviti tgh mlm nya tak mo tido) adui sakit kepala smpi demam tau Mama



Sehingga Berjumpa Di Next, Next, Next Entri.... Wslm


 







  




Saturday, August 11, 2012


9 BULAN & AKTIVITI AKHIR


Di Bulan-Bulan akhir pregnancy nie, kekerapan lawatan ke klinik adalah seminggu sekali, walau pun tersangat lah malas tp apa boleh buat, hanya menurut perintah. Akue akan cuba sedaya mampu mengupdate sampai mana yg dapat oke rakan2 sekalian........... 9hb August 2012 lawatan klinik utk minggu yg pertama iaitu bersamaan 37 minggu. Rutin tetap seperti biasa

Timbang berat : 55kg (terkejut sendiri sebab naik 1 1/2kg hahahaha.....) nurse komen yelah sbb tak org2 cam kami tak posa, tp harus ingat oke susah tau nak cari makan terutama ibu2 pregnant yg bekerja....... beza oke ngan yg duduk kat umah saja boleh masak sendiri, yg mcm akue nie area2 tmpt keja akue restoran melayu tak buka langsung, even pun nak nampak makanan pun Bazaar je lah jawabnya, yg mana hanya sekitar jam 3 atau 4 baru buka........ & akue keluar ofis jam 4, <----ha ambek penerangan panjang lebar akue. Kira keajaiban juga lah pada akue bila berat badan naik di Bulan Posa yg penuh cobaan di kala Preggy nie.
Cek tekanan darah : normal
Cek air kencing : negative

Others nak story tak da yg menarik sangat just bila nurse check buku akue bhgn tanda pergerakkan bayi dia kata salah........... wahahahaha akue ketawa2 jer sebab akue buat suka hati akue saja cara kiraan. Yelah kan nurse hari tue yg ajar cara kira dalam sejam2 1x, tp nurse kali nie pula nak yg 10 pergerakkan pertama. Maknanya dia explain biar masa br jam 12 tgh hari.... itu lah kiraan pergerakkan yg betul ( Baiklah !!!! ) Nurse kata tak kisah seawal mungkin pergerakkan complete 10 seawal pagi sebab katanya Baby Aktif...... hmmmmm......

Lihat Buku Klinik akue yg mcm Buku Laporan Sekolah hahahahah....


Dan ini jadual pergerakan Baby yg perlu rajin2 ditanda....... kikikikiki

Disebabkan hari nie banyak kelapangan di Hari Sabtu ini lah aktiviti akue.............................. malas nak berjalan2  windows shopping sebab klu nak drive sendiri tak larat, keadaan jalan yg sangat sesak pasti membuatkan Panas Hati & Darah Tinggi.  Semua orang pun nak Shopping Raya.............. uwargh akue pun nak !!!!!  


Aktiviti cuci baju baby........ Puan2 sekalian baju baby yg baru dibeli perlu dicuci terlebih dulu yer sebabnya baru Baby yg baru lahir kulitnya sangat sensetif & disebabkan semua pakaian2 nie ada kanji bagi mengelakkan sebarang kerengsaan pada Baby ada baiknya perlu dicuci dulu sekadar cuci menggunakan Sabun Mandi Anti-Bakteria yg kita biasa guna pun dah kira oke juga, nak lagi advance pakai Sabun Cuci yg dibuat khas utk Pakaian Baby pun boleh juga. Well nasihat nie akue dpt dr nurse2 tempat akue berKlinik. 

Semoga diminggu-minggu ahir nie, semuanya baik2 saja, selagi masih ada kelapangan pasti akue akan buat entri hingga saat2 yg ditunggu tiba. AMIN doaku semoga semua lancar.