Saturday, December 1, 2012


BERPANTANG DI ERA KEMODENAN

Entri kali nie akue nak story tentang pantang, tp sebelum tue awal2 akue nak bgtau entri nie mmg panjang sama seperti Cerita Pengalaman Melahirkan My Baby iaitu entri sebelum ini, tujuan akue nak share agar Mommies2 To Be diluar sana dapat sedikit informasi & gambaran cerita sebenar menjadi seorang Mommies. Ya story akue nie ala-ala "Kisah Benar".

Well akue mulakan dgn Bismillahirahmanirahim................ semua org tau klu ceta ttg berpantang khususnya bagi wanita yg dah melahirkan. Tempoh berpantang pula ada yg kata 40 hari, ada pula 44 hari dan yg paling lama 100 hari....

Untuk akue, cukuplah sekadar 44 hari itupun tak ikut sgt, mana yg syarat wajib & mampu jer akue ikut ......(p/s:- masa ke klinik hr tue tiap kali bw baby byk juga mommies2 yg tak ikut pantang biarpun tempoh melahirkan masih dlm jangka mingguan) hakikatnya mmg rimas lah tiap hari pun kena pakai stokin, kena pakai baju lengan panjang, sbb tue org yg berpantang kena dijaga betul2 takut terjadi stress tahap maksimum yg boleh menyebabkan terjadi benda2 yg tak diingini, seperti Meroyan @ mungkin yg lebih teruk, wallahuallam.

Jom akue story ckit, mana yg masih akue ingat walhal baru beberapa hari berlalu. Secara ringkasnya bab makanan adalah tumpuan utama.Hakikatnya tersangat lah banyaknya jenis2 makanan yg tak boleh dimakan. Waktu berpantang menu seperti Sup Ayam Kampung & Sup Ikan adalah menu tiap hari yg akue telan...... ayam kureng tp ikan yg lebih sbb Ayam Kampung mahal wooo, uhuuu sebenarnya akue sedih ...... Sayur2 pula tetap menu yg sama disupkan dan hanya beberapa jenis sayur sahaja yg boleh dimakan spt Sayur Putih, Lobak Merah, Jantung Pisang & Lobak Putih yg lain2 sila buat rujukan sendiri yer.

Bagi akue part paling best adalah Buah-Buahan, nak tau kenapa ??? sebabnya seperti akue ketagih pada kemanisan. Tapi was !!!! buah pun bukan sembarangan buah yer yg dibolehkan makan. Disebabkan kebanyakkan menu yg disediakan akue kurang berselera wlu menu Sup Ayam Kampung, akue teramat lah bersyukur juga dapat melantak Buah Anggur sepuas2 hati, tak pernah seumur2 hidup nie, akue makan Buah Anggur tiap hari dgn banyak !!!! wahahahaha ß ketawa penjahat

Selain itu makanan spt roti paun, biskut2 yg berunsurkan gandum menjadi santapan. Paling Best juga  Kokocrunch adalah seperti “Junk Food”, mana tak sbb tak dpt makan makanan ringan yg byk bahan pengawet maka alternative lain ialah makan Kokocrunch lah sebagai penganti.

Perlu diingat sebenarnya boleh makan makanan yg dmsk bergoreng/ditumis tp dlm kuantiti yg sgt sedikit...... & pantang makanan nie kena lah relakan diri untuk mengikutnya, mau tak mau kena juga ikut !!!! terutama kpd mommies2 yg menyusukan Baby. If not kecian kat Baby coz Baby yg dpt efek. Owh ya akue makan juga Fishball & Sausage, meriah ckit jugalah menu akue sebab kata Mum Fish Ball & Sausage nie bahan utamanya banyak tepung2 jer.

Makanan/Minuman Sejuk, Bergas, Pedas juga dilarang yer dlm tempoh berpantang.
(Sebenarnya akue pernah curi2 makan Ayam Goreng yg digoreng bkn Ayam Kampung yer, dgn sekelip mata tumbuh ruam2 kat muka Baby) uwargh kecian dan akue cepat2 minum byk air suam kecian pula tgk Baby ada ruam........... jika sayangkan anak bertolak ansur lah sedikit bknnya lama pun tempoh berpantang ß padahal akue sendiri sedikit Emo, pandai lak nak nasihat org len kuang kuang kuang

Sila rujuk dicni untuk senarai jenis makanan yg boleh & tidak boleh dimakan sepanjang tempoh berpantang, link ini :-phattgurll.blogspot.com/2011/06/amalan-semasa-berpantang.html (akue printkan jadual tue & lekat kat freezer senang ckit kpd family nak belanja dapur apa yg boleh & tak boleh akue makan)

Selesai cerita Bab Makanan, seterusnya akue nak story Bab lain yg berkaitan dgn pantang

Berpantang yg akue buta tak ada lah bertungku & ikat2 yg lilit kain kat perut tue (maaf tak tau namanya bengkung ker apa namanya tue), secara alternative akue hanya menggunakan korset, yeah !!! moden kan, well keputusannya tetap sama juga : pinggang akan kembali ke bentuk spt yg asal. Lg pun korset boleh pakai bila2 masa saja, berbanding kain yg diikat2 tue mcm mumia pula rasa (yg penting disiplin diri)

Bab Mandian pula Mum akue sediakan “Air Sambung” kahas utk akue mandi selama 7hari berturut2 diawalan & pada hari terakhir berpantang iaitu hr ke-44. Air Sambung nie sebenarnya adalah rendaman air dgn campuran daun2 herba khusus yg diikat semua sekali dlm ikatan segengam, tak tau pula akue jenis2 daun herba yg digunakan tp ada 1 jenis saja yg dpt akue cam iaitu Daun Serai Merah. Air rendaman tersebut akan berwarna merah (mungkin berpunca dr Daun Serai Merah tue lah kot) & air rendaman tersebut amat wangi.

Tujuan mandi “Air Sambung” nie bagi membuang segala angin2 yg ada pada badan mommies2 yg baru melahirkan.

Daun2 Herba Sambung nie byk digunakan terutamanya oleh Kaum Cina dan sdh semestinya klu nak beli, Tokey2 Cina yg banyak jual sbb asalnya mereka kan pakar aka percaya keberkesanan herba2 yg digunakan  Klu kat Kota Kinabalu Sabah “Daun Sambung” nie boleh didapati di pasar besar, dbwh nie fotonya sbgai rujukan kepada sesiapa yg nak cuba beli, org biasa pun boleh mandi “Air Sambung” tak salah & tak rugi klu mencuba............ Sebaiknya mandilah dgn air panas. Sepasang Daun Sambung nie Harganya dlm RM1.50 sahaja, murah kan.........



Selama 3 hari berturut2 juga akue diberi minum jamu, Jamu nie dbw khas dr Indonesia, dibeli juga kat pasar dlm sebungkus. Jamu tue dimasak kemudian ditapis dan diminum untuk 3 hari berturut-turut. Klu ditanya mcm mana rasanya, Rasa Jamulah semestinya pahit, kelat & of coz tak sedap....... klu org Sabah kata “Kejeraan mau minum” maksudnya serik nak minum. Mana tak Pahit yg teramat sangat okey.

Tujuan minum Jamu nie, utk mempercepatkan proses penyembuhan luka2 di dlm badan selepas melahirkan, wlu hakikat sebenarnya Nurse kat klinik tak suruh. Tapi bila dah minum Jamu nie keadaan bdn cergas sedikit & rahim pun cepat kecut. Harga dalam RM3-4 sebungkus.

Maaf tak sempat ambek foto sbb ramuan dah direbus sblm sempat akue ambek foto.

Dan sebagai sampingan Mum akue suruh minum “Air Anggur” nama saja air anggur yer tp jgn salah faham Air Anggur nie tak sedap sbb ianya ada alcohol. Maknaya ia spt arak tp tak ada campuran yg memabukkan hanya herba. Sekali lagi akue tegaskan tak Memabukkan!! yer Cuma mengandungi kandungan alcohol yg teramatlah sedikit. Menurut pendapat akue ianya untuk tujuan berubat, terpulang kpd Anda...Anda & Anda semua utk menilainya.

Dibwh nie fotonya, menurut Mum akue harganya kini dah mahal dlm RM55 sebotol, beza dgn 20thn yg lalu masa zaman my Mum harganya baru RM20........ Air Anggur nie juga boleh didapati dipasar yg sama juga tmpt membeli Daun Sambung & Jamu.

Air Anggur yg dah akue minum separuh (^_^)V

Akhir sekali jgn lupa berurut.
Tujuan urut utk naik kan peranakkan, waktu akue berurut hr tue kata kakak yg mengurut, ada urat kat belakang aku yg dah lari dr kedudukan asal. Ha mmg pun, tue sbbnya tiap kali nak berdiri rasa ngilu yg teramat sgt. Sebenarnya akue kepayahan nak cr tukang urut @ bidan kampung mana taknya hidup dbandar kan..... nasib baik lah jg saloon yg biasa akue pergi utk mendandan rmbt ada menyediakan khidmat mengurut nie. Disarankan tanya lah dgn teliti tkt bkn yg pakar mengurut utk org yg br melahirkan, & semestinya juga Muhrim yer... ahaks J

Akue berurut pd hari ke-3, ke-7 & ke-44. Kakak yg mengurut aku nie masih muda tp jari2nya yg mengurut boleh tahan, terasa juga sakitnya.  Oyeah dan urat akue yg dah terlari dr landasan dah tak sakit lg.

Buat mommies2 to be disarankan jgn sesekali berurut mahupun berurut di kerusi urut yg banyak disediakan d shopping2 mall yer.....
.
Tamat lah entri kali nie, boring bc celoteh akue yg berjela, konon nak share sedikit tp tetap panjang berjela, actually terlalu byk nak dishare tapi cukup jelah yg penting2 ye (^_^)V.

Sbgai sampingan entri amalan berpantang ketika hamil baca link ini :- ayurazak.blogspot.com/2012/03/petua-dan-pantang-larang-semasa.html

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.