Saturday, December 1, 2012

BABY GIRL @ BABY BOY

Semua mommies2 to be tak sabar nak tau jantina Baby kan, cara senang mestilah ke Klinik utk scan, tp Jom Main Teka2 Jantina Baby

Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung ( hakikatnya akue mmg tak morning sickness yg teruk di awal kehamilan )
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit ( pada mulanya degupan jantung Ayla mmg dalam 140 dan di akhir kandungann mencecah lebih 150 kali seminit )
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh ( pendapat akue kurang pasti )
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna ( pendapat akue mmg perut nampak bulat semasa preggy )
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap ( hakikatnya ini mmg betul, bkn semua mommies to be daerah nie akan mengelap ker ?? )
  • Bentuk perut condong ke arah bawah ( perut akue steady jer maintain qute2 hihihi)
  • Sukakan makanan yang masam dan masin ( langsung tak mkn masam, masin ckit2 jer, tapi heran En.Husband pula kesukaan benda masam )
  • Suka makan daging dan keju ( time preggy mmg suka makan daging & keju ... hmm )
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk ( tapak kaki mmg sejuk, selalu rasa ngilu juga )
  • Tangan selalu kekeringan ( pendapat akue kurang pasti )
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur ( lupa nak minta En.Husband cek waktu tidur )
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan ( En.Husband maintain ajer beratnyer )
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil ( kadang ada mood nak berdandan kadang langsung tak ada mood )
  • Hidung tampak lebih mekar ( hidung akue mancung, berseri ker ??? )
  • Selalu sakit kepala ( di awal kehamilan jer )


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan
  • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan ( spt yg akue nyatakan di atas )
  • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul ( pendapat akue kurang pasti )
  • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan ( tak langsung, hakikatnya kanan yg lebih besar )
  • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya ( rasanya hitam seperti biasa saja )
  • Bentuk perut condong ke arah atas ( pendapat akue seperti di atas )
  • Perut tampak agak lonjong ( perut tak lonjong, comei aje lah )
  • Mengidam makanan manis ( Fakta ini paling benar )
  • Sukakan buah-buahan ( Suka juga tapi paling suka makanan ringan )
  • Suka minum air atau jus yang bersifat masam ( Langsung tak benar )
  • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil ( Hakikatnya benar )
  • Mudah moody berbanding sebelumnya ( Benar juga, malah lebih pemarah & emosi )
  • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil ( Alhamdullilah kulit wajah tak da masalah )
  • Tidak suka makan roti bersama kulitnya ( akue bantai jer tak kisah )
  • Payudara kelihatan mengembang ( rasanya norma l to all mommies to be )
  • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur ( pendapat akue seperti di atas )

Akue dah buat remarks pada setiap fakta, ada betul ada salah, waktu akue preggy hari tue konfiden sangat kunun dpt Baby Boy tp hakikatnya Allah itu lebih mengetahui dan akue dpt Baby Girl. Apa2 pun anak yg kita dianugerahkan yg penting sihat & sempuruna...... dr kita saja mencorak anak-anak nie menjadi insan berguna, berjaya & terbaik.

Mungkin anda nak cuba test try lagi main teka2, try cuba buka link nie :- 
http://viaemma.blogspot.tw/2009/01/tentukan-jantina-bayi-dari-carta-kuno.html

akue test try cuba mcm betul pula  (^_^)V



0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.